Aduan orang ramai kepada SKMM terhadap filem COMOLOT!!



Salam..

Terkejut benar saya apabila menerima salinan fax daripada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) mengenai aduan orang ramai terhadap naskhah arahan saya iaitu 'COMOLOT', sebuah filem pendek yang diterbitkan ASWARA bagi Penilaian Tahun Akhir Diploma Perfileman tahun 2007. Filem COMOLOT menjadi kontroversi sudah lama sebaik saja diupload masuk oleh individu tidak bertanggung jawab dilaman popular, Youtube.

Walaupun sudah dijelaskan berulang kali setiap tahun di laman blog saya sendiri, dan juga di youtube, bahawa saya membikin comolot bukannya sebab untuk merendah-rendahkan agama islam dan budaya timur yang kita miliki, namun paparan saya adalah lebih kepada penceritaan realiti tentang apa yang berlaku terhadap aktiviti sosial segelintir manusia yang hidup di muka bumi. Namun ia jugak tidak difahami sehingga sekarang, walaupun 2009 akan menutup tirainya tidak beberapa jam lagi. Apakah setiap tahun sehingga kiamat perlu saya jelaskan pada yang tidak memahami?. Cukuplah dengan komen dan kritikan yang saya baca di Youtube malahan saya di tuduh mencemar budaya dan maruah bangsa melayu. Apakah yang memasuki Youtube dan mencari filem saya dan mengutuknya, seorang yang berfikiran terbuka? Apakah mereka takut Comolot akan mempengaruhi anak muda remaja sehingga menjadi gay?. tolonglah.. nafsu itu bukan boleh dipaksa.. common la bro!.

Yang paling teruk apabila pihak Aswara, FINAS dan Filem Negara pula dituduh bersubahat?. Astafirullah. Cuba tengok filem tersebut sehingga akhir kredit:- saya kreditkan nama Filem Negara Malaysia (untuk film processing) sebab saya shooting guna 16mm.. saya mohon bantuan FNM adalah untuk mencuci filem saya. Bantuan FINAS pula ada sekadar bantuan dari segi telecine (transfer dari negatif filem 16mm ke DVC Pro) bagi tujuan memudahkan suntingan untuk produk akhir dalam bentuk DVD. Aswara pula adalah sekolah filem saya dimana mereka menjadi penerbit dan setiap pelajar ketika itu berhak mempamerkan kreativiti masing-masing dalam setiap karya yang ingin dipaparkan. Saya tulis comolot kerana saya mahukan karya saya berbeza dengan filem lain yang terlalu meghormati. Namun filem 'comolot' yang bodoh ini menjadi mangsa. hahaha. Apa yang ingin saya jelaskan bahawa antara Aswara, Finas dan FNM, mereka ini hanya membantu karyawan kecil seperti saya yang ketika itu baru mula nak buat filem. Mereka tidak terlibat dalam kreativiti dari segi idea atau konsep kerana itu datang dari saya sendiri.

Alhamdulillah.. Saya harap anda yang klik Youtube dan mencari 'Comolot' itu supaya memahami bahawa 'comolot' bukannya rakaman pita lucah tetapi itu produk pelajar yang dinilai semasa tahun 2007. Diharapkan kedatangan 2010 nanti, kontroversi ini tidak lagi timbul.. Amin

p/s: macam-macam!!. Saya memohon maaf seandainya filem saya menyentuh perasaan anda...

Catat Ulasan

1 Ulasan

nape la org still x faham knape saudara uat filem itu bkn utk mempersendakan ape2 pun...memang itu realiti dlm dunia skang..tp masyarakat masih menafikan perkara tersebut....
saya harap saudara Amy Ikram bersabar dgn karenah manusia yg sering membuat tindakan melulu dan sering menafikan perkara yg benar...
Im always support karya u...:-)