'Antara Cinta dan Air Mata', Kisah Natrah yang menyentuh perasaan!!

'Antara Cinta dan Air Mata, mampukah ia meragut sebuah hubungan perasaan antara dua kaum melalui perebutan hak dan kasih sayang seorang insan bernama manusia. Apakah ia bisa menghiris perasaan setiap penonton tatkala menyaksikan sebuah kisah benar yang pernah menyentuh hati dan jiwa suatu ketika dulu', adalah gambaran hebat di dalam Natrah sebuah teater muzikal yang cukup menyentuh perasaan kini dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur bermula 30 November hingga 9 Disember 2009. Teater arahan Erma Fatima yang dilakonkan oleh Umie Aida (Che Aminah), Maya Karin (Natrah), Remy Ishak (Mansor Adabi), Samantha Schubert ( Adeline Hunter), Sofea Jane ( Natrah berusia 72 tahun ) dan ramai lagi merupakan sebuah kisah tragik yang penuh kontroversi tentang perebutan kasih sayang antara Che Aminah(Ibu angkat Natrah) dan Adeline Hunter ( Ibu Kandung Natrah) terhadap jiwa seorang insan bernama Natrah sehingga terjadinya rusuhan kaum di mana isu agama dan akidah diperdebatkan hebat.

Natrah Kisah yang mencabar minda

Kisah Natrah yang pernah menggemparkan negara sekitar tahun 1950 kini cuba menghalusi jiwa penonton di dalam teater Natrah melalui beberapa adegan yang agak mencabar jiwa dan perasaan, di mana perebutan kasih sayang antara dua wanita 'Che Aminah dan Adeline Hunter' dengan Natrah menimbulkan kontroversi yang maha dasyat. Akibatnya, Natrah di bawa pulang oleh bapa dan ibu kandungnya ke Belanda kesan dari kemenangan mereka di Mahkamah Tinggi Singapura. Akibatnya, Natrah dikristiankan semula kepada agama asalnya dengan nama Belanda, Maria Bertha Hertogh. Ini menimbulkan rusuhan kaum yang agak kritikal. Perkahwinan Natrah dengan Mansor Adabi di Singapura terbatal mengikut undang-undang Singapura ( Belanda menguasai Jajahan Singapura ketika itu), ini menyebabkan pemberontakan dan ketidakpuasan hati Che Aminah, ibu angkat yang membesarkan Natrah dari kecil hinggalah dia remaja. Kesannya, Che Aminah berjuang mempertahankan maruah agama islam selepas Natrah dirampas semula keluarga asalnya. Scene ini amat menyentuh perasaan ketika ia dipentaskan di Istana Budaya. Tidak percaya?. Pergi tonton sendiri di Panggung Sari..

Menarik dalam Natrah : Pro dan Kontranya
  • Ada pengaruh hindustan pada kebanyakkan lagu yang dimainkan di dalam teater ini. Perhatikan saja pada scene yang membabitkan kisah cinta Natrah (Maya Karin) dan Mansor Adabi (Remy Ishak) . Anda seolah-olah menonton sebuah filem Hindustan.
  • Natrah mempersoalkan isu agama dalam sensitiviti masyarakat islam, di mana perebutan Natrah selepas dia di islamkan. Che Aminah mempertahankannya, namun ibu kandung Natrah, Adeline tetap mahu Natrah dikristiankan kepada agama asalnya. Anda pasti memberontak selepas menyaksikan tragedi penuh tragik yang menggemparkan ini.
  • Lambang Salib muncul ditengah stage sambil penganutnya menyanyikan lagu (dalam agama mereka). Ia menunjukkan Natrah kembali kepada agama Kristian . Ketika ini Natrah dilakonkan oleh Sofea Jane.
  • Watak Natrah semasa remaja pada asalnya akan dilakonkan oleh Diana Danielle, tetapi atas sebab tertentu, beliau menarik diri. Dan kini ia dilakonkan oleh Maya Karin. Ketika ditanya pada saya, apakah sesuai Maya Karin melakonkan watak Natrah. Pada saya, Natrah itu sesuai pada Diana kerana wajah Diana melambangkan wajah Inggeris. Namun, lakonan Maya Karin tetap tidak menghampakan anda. Saya menegaskan lakonan Maya 'lakonan manjanya, di sisi Remy Ishak'..
  • Kemunculan Sofea Jane (watak Natrah berusia 72 tahun) seakan masih muda. Sepatutnya, wajah cantik Sofea Jane itu disolek lagi tua.. agar penonton tidak mengenali itu Sofea Jane.. hahaha
  • Sebuah kisah sejarah yang tidak membosankan. Erma Fatima menjadikan Natrah sebuah kisah cinta dan air mata yang tiada tandingannya. Jika anda membayangkan Natrah sebuah kisah lagenda yang biasa, lupakan ia kerana Natrah menyajikan sebuah hidangan yang lazat.. ia cukup menyentuh perasaan.
  • Saya membayangkan Natrah jika di angkat menjadi Sebuah Filem Cereka 90 minit, tentunya ia akan menjadi kisah epik yang menyayat hati.
  • Pementasan Natrah di hadiri oleh keluarga Mansor Adabi yang sama-sama datang menonton teater ini. Saya tak tahu.. seat mana mereka duduk!!!
  • Jika anda meminati karya yang menyentuh jiwa, apa kata dapatkan tiket anda sekarang.Sebelum ia kehabisan!!
Info


Kisah budak perempuan bernama Natrah yang dibela sebuah keluarga Melayu tetapi direbut bapanya, seorang Belanda, menggemparkan Tanah Melayu. Selepas 59 tahun, peristiwa murtad itu terus diperkatakan. PEMERGIAN Bertha Hertogh, atau nama Islamnya, Natrah, 72, pada 9 Julai 2009 lalu.....



p/s: 'Natrah'.. suka dukanya menyayat hati..

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
amy,

tak pernah ada lagi filem berdurasi 90minit yang dibuat pasal natrah ni lagi ke kat malaysia?

kalau belum ada apa kata amy tulis skrip filem natrah ni dan minta duit dari finas untuk difilemkan. saya rasa dengan kretiviti amy filem ni pasti akan meletup.

tapi jangan amik maya karin lar hehe