'Jalang'.. intipati yang meleret-leret!!

Yasmin Khanif dalam Jalang

'Jalang', sempat juga aku menontonnya di pawagam setelah tarikh tayangannya mula beransur pergi bagi memberi laluan kepada filem My Spy arahan Afdlin Shauki. Mendengar sahaja nama 'Jalang', tentunya ada di antara anda akan membayangkan beberapa scene yang agak panas apatah lagi pelakon barunya, Yasmin Khanif seolah-olah pelacur di layar perak. Tajuknya cukup gah, tetapi intipatinya agak biasa dan meleret-leret seolah-olah saya menonton sebuah telemovie untuk TV3. Pembukaan 'Jalang' tertera peringatan dari produksi De'Baron melalui tulisan yang di skrollkan di skrin agar penonton memahami bahawa ia sebuah lakonan dalam penceritaan yang mempunyai cerita negatif di sebalik positifnya. Apakah tujuan ia di wujudkan?. Adakah sekadar untuk menjadikan Jalang sebagai karya yang cukup bermoral?. Pemilihan 'font' pada kata-kata yang diskrollkan itu tampak sederhana, sepatutnya ia perlu lebih jijik dan menakutkan agar Jalang dilihat sebagai sebuah paparan yang cukup sensitif. Kemudian, penonton di sajikan pula beberapa babak yang memaparkan kehidupan Maria (Yasmin Khanif) sebagai pelacur ekslusif yang menjadikan semua lelaki sebagai habuan seksnya bagi mendapatkan kekayaan yang diidam-idamkannya.

Jika di tanya pada saya tentang mutu lakonan semua pelakon yang membintangi Jalang, saya berseloroh bahawa 'agak mengecewakan' terutamanya pada lakonan Yasmin Khanif yang memegang watak utama sebagai Maria. Mungkin ini lakonan percubaannya dalam dunia perfileman, tetapi saya boleh katakan bahawa lakonan Yasmin tidak tumpah seperti lakonan Fasha Sandha dalam mana-mana filem yang ditayangkan di pawagam. Watak Maria (seorang perempuan sundal) agak kaku di mana dari awal hingga akhir filem, saya tertanya-tanya 'kenapa Yasmin melakonkan watak penggoda sedemikian rupa?. Apakah ia cukup real dan mampu membuatkan kita, penonton merasakan kehangatannya?. Saya tidak kata, Yasmin Khanif gagal dalam lakonannya menerusi Jalang, tetapi seandainya ia diperbaiki bagi menjiwai watak dan cara pelacur menggoda dan berinteraksi, maka lakonan Yasmin Khanif tentunya akan mengundang satu kontroversi. Dari sini, Yasmin akan di anggap sudah berjaya menjiwai watak yang dilakonkannya. Seandainya, watak Maria diberi kepada pelakon Dynaz, Umie Aida mahupun Ellie Suriati, saya percaya Jalang akan menjadi sebuah cerita yang paling hangat untuk tahun 2009.

Pemilihan muzik latar dalam Jalang agak berkecamuk dan terlalu banyak lagu yang dimuatkannya. Saya cukup tersentuh pada beberapa babak kerana lagu yang dimasukkannya, bukan kepada isi cerita yang cuba diketengahkan pengarahnya. Dalam situasi ini, Jalang tidak perlu banyak lagu (banyak sangat lagu popular artis yang sudah dikenali), tetapi hanya cukup dimasukkan beberapa instrumental yang mesti di composedkan khas untuk filem ini, agar Jalang mampu berdiri tegak dengan filem-filem tempatan yang lain. Jika tidak, Jalang akan dikatakan 'sebuah filem klon drama tv'.. Mahukah ia digelar sedemikian?. Tepuk dada tanya selera..

p/s: 'Jalang', saya lebih suka kalau filem ini dihasilkan dengan 'dark mood', kerana isu seperti sundal, jalang, pelacur dan aktiviti sosial selalu banyak menampakkan mood sebegini dalam kebanyakkan filem mereka. Baru lah... nampak cantik dan mahal!!!..

*jangan marah-saya sekadar memberikan pendapat secara jujur*

JALANG MASIH MENYUNDAL DIPAWAGAM!!.
confirm pasangan bercinta akan pi tengok filem ini sebab boleh la mereka 'ringan-ringan' dalam panggung sambil membuat kerja amal.. hahaha

'Bayangkan kalau ada scene macam nie dalam Jalang?. Ayo!!! '

Catat Ulasan

0 Ulasan