gambar sekadar hiasan.
Info: Utusan Malaysia
LELAKI-LELAKI kacak yang selama ini menjadi penghias ruangan Kacak Bergaya, Pancaindera tentunya berdebar menanti keputusan, adakah mereka layak untuk bergelar si kacak? Manakan tidak, sejak pertandingan Pencarian Kacak Bergaya 2009 yang mengangkat Syed Khairul Syed Abdullah sebagai juaranya, berderu lelaki maskulin menunjukkan minat menyertai pertandingan itu. Pada tahun ini, Pancaindera bersama syarikat Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. meneruskan kelangsungan untuk mengenengahkan bakat-bakat terpendam anak-anak muda untuk bergelar seorang bintang.Bertempat di Hotel Legend, Kuala Lumpur, acara kemuncak Pencarian Kacak Bergaya 2010 akan diadakan pada 27 Mac akan datang. Sebelum berlangsungnya kemuncak acara itu ujian saringan telah dilakukan di Kelab Darul Ehsan, Ampang pada 18 Januari lalu dengan kerjasama BH Beauty.
Seramai 20 peserta telah diundang dalam ujian tersebut sebelum 12 daripada mereka dipilih untuk berentap merebut gelaran juara.Dalam sesi tersebut para peserta telah menjalani beberapa sesi termasuklah pembentukan imej, fotografi, peragaan dan sesi soal jawab. Seramai enam juri telah terlibat dalam pemilihan itu antaranya perunding imej; Sofea Bee, jurusolek professional; Amie Kassim dan Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat Utusan Melayu; Nik Anura Nik Abdul Rahman. Turut menilai 20 peserta terbabit Eksekutif Kanan Pengurusan Jenama, Utusan Karya ; Iskandar Tan Sri Melan, penulis skrip drama ; Che Li, pereka tari ; Anuar Johan manakala penjurian diketuai Wartawan Eksekutif Mingguan Malaysia; Niezam Abdullah.Kesemua peserta telah dinilai berdasarkan kepada 50 peratus penampilan, pengetahuan am (20 peratus) sementara markah untuk personaliti, daya tarikan dan fotogenik pula masing-masing 10 peratus. Terdahulu Pengarang Hiburan Mingguan Malaysia, Tengku Khalidah Tengku Bidin menyuarakan harapan untuk melihat kesemua peserta dapat melakukan yang terbaik bagi membolehkan mereka terpilih mengisi ruang dalam industri hiburan tempatan. “Sudah terbukti bahawa penghias ruangan Kacak Bergaya di Pancaindera sebelum ini boleh berjaya. Antara mereka ialah Fizo Omar, Iqram Dinzly, Remy Ishak dan Danny (X-Factor). “Sebagai sebuah akhbar sisipan popular di Mingguan Malaysia, Pancaindera sentiasa menyokong industri seni tempatan dengan melahirkan ramai bakat baru melalui pertandingan seperti Kacak Bergaya ini,” katanya.
20 peserta yang terlibat dalam proses peringkat saringan tersebut terdiri daripada Mohd. Afiq Akmal,17, Muhammad Afiq Muiz,18, Ahya Umumuddin,23, Ahmad Bakri,23, Norizal Jalal,22, Mohd. Ezham I’dinazahar,24, Fadlan Hazim,18, Mohd. Fairus,27, Ahmad Mathni,21, dan Mohd. Shazmi,21. Selain itu Ahmad Rashdan,26, Mohd. Syazwan,21, Ahmad Tarmizie,25, Mohd. Shahwady,23, Wan Mohd. Zachkry,22, dan Mohamad Zulhairi,20.Turut terpilih Hafizul Ahmad Kamal,25, Mohd. Faisal Abd. Hamid,25, Ahmad Safwan Abu Bakar,23, dan Mohd. Nurul Afiq Hussain,25. Keputusan 12 peserta yang layak untuk ke peringkat akhir akan diumumkan dalam Pancaindera minggu hadapan. Peserta bertuah akan merebut hadiah wang tunai, tiket penerbangan dan beberapa hadiah iringan lain selain ditawarkan peluang berlakon kepada yang layak.
p/s: tentu korang sume terbayangkan aksi seperti foto di atas ini kan!. Jangan harap!!
3 Ulasan
sape yg terpilih dlm E! entertainment? org philippines gak