Menjelang abad ke-22, Astro melalui rangkaian HD sepenuhnya, Astro Beyond kini menawarkan pakej menonton ala cinema menerusi Dolby Digital Surround dari rumah anda sendiri dengan pelbagai saluran berdefinisi tinggi (HD). Anda tentu terpegun menyaksikan filem-filem kegemaran anda dalam format HD menerusi saluran HBO HD. Namun, bukan itu sahaja, Astro akan menambah beberapa lagi saluran HD sepenuhnya akan menyusul tidak lama lagi. Terkini: Konsert Akademi Fantasia 8 akan dapat ditonton dalam format HD.. bertukarlah ke definisi tinggi. Awas cuma layak bagi anda yang memiliki LCD TV, Plasma, Full HD LCD dan LED TV Sahaja.
Tahukah anda apakah itu Astro B.Yond?
Astro B.Yond ialah inovasi dengan kepelbagaian berperingkat yang bermula dengan teknologi 'High Definition' atau penyiaran berdefinisi tinggi pertama di Malaysia. Langkah itu bakal disusuli dengan servis-servis terbaru seperti 'Digital Video Recording' (DVR), 'Video On Demand' (VOD) dan Internet. Segalanya menjanjikan perubahan dramatik terkini di dalam teknologi dunia televisyen dan citarasa tontonan yang hebat dan berbeza.
Apakah HDTV?
HDTV (High- Definition Television) atau televisyen berdefinisi tinggi merupakan suatu simbol kemajuan dan kecanggihan dalam teknologi dunia televisyen, yang menyaksikan perubahan besar daripada sistem analog hitam-putih ke layar lebar dengan sistem digital berwarna semenjak lebih 50 tahun yang lalu. Teknologi terbaru ini menawarkan ketelitian dan resolusi yang belum pernah anda lihat. Lebih tepat lagi, anda bakal mengalami suatu pengalaman menonton di kaca TV anda suatu tahap perincian lebih lima kali ganda, dua kali ganda resolusi biasa, tahap ketajaman tontonan yang sungguh jelas, sistem bunyi panggung wayang (Dolby Digital) dan warna-warna terang, girang lagi mengasyikkan. Secara teknikalnya, HDTV bermaksud format digital yang mampu memancarkan imej berkualiti tinggi sekurang-kurangnya 1280 x 720 pixel. Apabila anda menonton TV, gambar yang anda lihat dibentuk dari pelbagai imbasan garisan, di mana variasi resolusi dan definisi TV standard adalah 576 garisan, manakala definisi yang tinggi adalah di antara 720 ke 1080 garisan!. Dengan kelebihan imbasan garisan, akan menambahkan lagi tahap ketajaman tontonan di TV anda.
Apakah perbezaan Astro B.Yond?
Dengan Astro B.Yond, anda tidak lagi sekadar menonton televisyen biasa. Contohnya, ketika menonton rancangan sukan kegemaran anda, rumput akan kelihatan lebih segar dan hijau!. Anda juga akan dapat menyaksikan pergerakan-pergerakan kecil yang langsung tidak kelihatan di kaca TV biasa, di samping ekspresi, reaksi dan mimik muka, setiap titisan peluh serta otot-otot yang sasa pada susuk tubuh pemain. Anda pasti akan lebih terpegun dan bukan sahaja akan menghargai keunikan perbezaan terperinci yang sebegini!.
Servis HD bermula dengan menawarkan pilihan saluran-saluran popular seperti Astro Supersport HD, ESPN HD, HBO HD, National Geographic HD dan History Channel HD. Namun begitu, dijangkakan tahun ini akan lebih banyak lagi saluran HD akan menyusul.
info dari ASTRO. Untuk makluman lanjut sila hubungi talian 1-300-82-3838.
p/s: Saya sudah mendapatkannya. Memang menakjubkan. Paparan warna dari semua saluran biasa juga turut berubah. Yang ada saluran HD.. tetap hebat tidak ada paparan yang pecah. Cuma bagi anda yang memiliki TV LCD, LED, Plasma sahaja dapat merasakan Astro B.Yond.. hubungi Astro sekarang!!.

- Tontonan filem layar lebar (dengan nisbah bidang 16:9). TV biasa hanya mampu menyiarkan 4:3 nisbah bidang. Apa yang anda lihat pada set tv biasa anda adalah imej yang dikekang. HDTV memancarkan imej dengan nisbah bidang sebenar iaitu 16:9, memastikan anda dapat menonton dengan pandangan panoramik layar lebar yang hampir kepada jarak penglihatan sebenar manusia.
- Tontonan imej tepat. Resolusi skrin atau ketajaman imej pada TV anda diukur menggunakan bilangan garisab-garisan melintang di skrin TV. Lebih banyak garisan-garisan ini, akan menambahkan ketinggian definisi dan ketajaman imej yang lebih ketara di skrin TV anda. HDTV menawarkan sekurang-kurangnya dua kali ganda resolusi skrin dan lima kali ganda perincian, ketajaman dan kejelasan imej yang ketara yang disiarkan di set TV biasa anda.
- Kelebihan warna lebih 'hidup'. Set TV dengan teknologi sedia ada HD berupaya memaparkan imej dengan warna-warna sebenar. Lebih tinggi nisbah perbandingan atau 'contrast ratio' pada HDTV, lebih tajam dan jelas warna-warna yang akan kelihatan.
- Sistem bunyi panggung wayang (Dolby Digital). TV berdefinisi tinggi mempunyai tahap kemampuan sistem bunyi berkualiti menerusi 'Dolby Digital'. Sistem ini memiliki pentafsir bunyi yang unggul, di mana setiap trak audionya disalurkan ke alat pembesar bunyi individu dalam set sistem lengkap audio visual di ruang tamu anda yang dapat dinikmati di panggung wayang terkini.

0 Ulasan