The Residency Years Documentary: Antara 13 kritikan dan ulasan RTM.

Dokumentari terhebat arahan pengkritik dan pengarah filem Mansor Puteh telah mengundang polimek dikalangan warga industri, pengkritik filem dan para panel penilaian FINAS. Semasa tayangan tertutup dokumentari 'The Residency Years' minggu lepas di pawagam FINAS, pihak FINAS telah mendedahkan 13 kritikan yang perlu diperbaiki dalam dokumentari tersebut bagi membolehkan karya Mansor Puteh itu ditayangkan di stesen RTM. Tayangan yang agak panas pada malam itu bukannya untuk menjatuhkan reputasi penggiat filem Mansor Puteh, malahan ia bertujuan mendedahkan kebenaran daripada kenyataan akhbar Mansor Puteh yang mengecam perbadanan tersebut sebagai 'tidak tahu bahasa filem'. Menurut Timbalan Pengerusi FINAS yang juga ahli panel penilaian dokumentari itu, Datuk Khalid Yunus mengatakan, 'kita akan menyanjung tinggi kepada Mansor Puteh sekiranya The Residency Years itu disiarkan di saluran National Geographic, Dicsovery Channel atau History Channel tanpa perlu memperbaiki semula kelemahan itu'. Tetapi, sekiranya RTM menolak dokumentari itu, maka bagaimana Mansor mahu mempertahankannya?.

Dalam surat daripada Jabatan Penyiaran Malaysia kepada FINAS bertarikh 6 November 2009, menyatakan penerbitan dokumentari The Residency Years kurang sesuai untuk disiarkan di stesen RTM berdasarkan masalah berikut:-
  • Keterangan gambar atau caption dibuat dalam warna merah dan terputus di skrin samada di sebelah kiri mahupun kanan. Justeru, caption perlu dikecilkan untuk muat skrin TV supaya boleh dibaca oleh penonton.
  • Penggambaran atau shooting dilakukan secara tidak betul dan bahan yang digunakan bukan untuk siaran kerana berkualiti seperti visual bergoyang-goyang, fokus tidak betul dan lain-lain.
  • Menggunakan perantara dwi bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris serta kualiti audio yang kurang baik.
  • Bahan dipersembahkan secara cacamerba sehingga penonton tidak memahami apa yang hendak diketengahkan.
Di antara 13 perkara yang diulas atau dinyatakan oleh panel penilaian FINAS yang perlu diperbetulkan Mansor Puteh dalam The Residency Years supaya dapat disiarkan di saluran RTM, namun ia tidak dapat diterima Mansor. Antaranya menyebut:-
  1. Konsep tidak jelas.
  2. Mesej tidak disampaikan dengan jelas.
  3. Jalan cerita dan treatment tidak tersusun.
  4. Kisah Peti Besi yang tidak dibuka selama 30 tahun, tidak diceritakan dengan jelas.
  5. Ada ketika visual silent hingga dua minit dilatari muzik semata-mata. Gaya temubual responden dipaparkan bersama visual baik serta mengesankan tetapi kualitinya tidak memuaskan dan terlalu berulangan, ia mengurangkan tumpuan pada dramatik cerita.
  6. Komposisi shot yang tidak kreatif.
  7. Grafik dan suntingan tidak sempurna.
  8. Teknik penyampaian secara 'non narated' tidak sesuai untuk persembahan dokumentari biografi tokoh sehebat Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
  9. Terlalu banyak foto tanpa naratif suara membuatkan penyampaian maklumat tidak sempurna, malahan mengelirukan apabila foto Tunku Abdul Rahman bercampur aduk dengan foto Rokiah Puteh dan Puteh Sulong. (pihak FINAS bukan bertujuan memperkecilkan atau mempersoalkan keluarga Mansor namun Mansor tidak jelaskan apa peranan mereka dalam dokumentari itu).
  10. Babak sidang media di RA Gallery untuk pameran fotografi The Residency Years hanya menampilkan Raja Ahmad dan Mansor Puteh; rakaman hand held camera dengan tiada perhatian kepada pencahayaan (sinematografi) dan framing.
  11. Kunjungan Syed Abdullah ke peringatan tidak dijelaskan sehingga menghilangkan sentimen emosi serta dramatik persejarahan di kediaman tersebut.
  12. Kunjungan ke Little Stukely di London menarik dan menampakkan usaha penyelidikkan tetapi dibuat secara santai dan tiada perancangan penggambaran yang tersusun.
  13. Lagu dinyanyikan untuk Tunku Abdul Rahman pada penghujung dokumentari terlalu santai untuk dihadiahkan kepada tokoh hebat. Lagu dan penyampaian tidak sesuai.
Info:
- Kos penerbitan dibiayai / ditanggung sepenuhnya pihak FINAS berjumlah RM 170,000.00

p/s: Jikalau Mansor ingin paparkan dokumentarinya berbeza dengan yang lain dan ada sekarang, sepatutnya ia lebih gah ; contoh shoot guna film. Jikalau ia dibikin untuk ditayangkan kepada pelajar filem untuk dijadikan tesis penerbitan, maka Mansor menang dalam perkara ini. Saya tidak menyebelahkan mana-mana pihak, namun saya anggap doku ini sebuah karya biasa yang sukar ditandingi dengan produk di History Channel. Contoh terbaik: Dokumentari Tun Dr Mahathir terbitan Red Films yang telah disiarkan baru-baru ini di History Channel antara contoh dokumentari yang mengagungkan nama Mahathir dan saya kaguminya.. Tq pada Red Films yang memberikan DVD percuma Tun Mahathir pada saya baru-baru ini.. hehe

Catat Ulasan

0 Ulasan