Salam Tahun Baru 2010..

Salam tahun baru 2010 khususnya buat semua rakyat Malaysia tidak kira di mana jua anda berada. Penghargaan terima kasih kepada pembaca setia blog saya.. yang sentiasa menjadikan coretan saya sebagai peneman setia anda dikala keseorangan. Seandainya ada tersalah bicara sepanjang 2009.. harap dimaafi, moga tahun 2010 ini bakal menjadikan diri kita lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Seandainya kita pernah leka, lupa dan tertinggal apa yang 'wajib' dilaksanakan, segeralah menambah baik apa yang kurang, moga kehidupan kita diberkati-Nya. Ingatlah kesombongan dan keegoan kita pada-Nya, amat merugikan kerana kita hanya hidup di muka bumi ini adalah sementara waktu. Justeru, salam penuh keikhlasan dari amy ikram buat semua pembaca setia..
love u forever..

p/s: Sempena tahun baru, wajah blog saya pun baru. Pada sesiapa yang tidak tersenarai dalam friendlist saya di dalam blog ini, diharapkan dapat menghubungi saya dengan memberikan komen di bawah..

2010..
HAPPY NEW YEAR

Catat Ulasan

0 Ulasan