'Adaptasi realiti hidup yang hambar', Lu Pikirlah Sendiri De Movie... gagal sebagai sebuah karya yang menarik!!


Melihat sahaja poster 'Lu Pikirlah Sendiri De Movie (LPSDM)', saya menyifatkan ia sebuah cerita tentang Nabil dan Mila, tetapi sangkaan saya agak meleset di mana ceritanya berpaksikan hidup antara impian, kerjaya dan cinta. Ketiga-tiga perkara ini tiada kena mengena dengan Mila, cuma ia bersangkut paut dengan erti hidup berlandaskan maruah, keinginan mahupun rasa cinta yang wajar dan harus dimiliki oleh setiap manusia yang hidup di muka bumi.

Perjalanan cerita LPSDM ini agak menarik barangkali mungkin kerana ia menampilkan nama-nama besar di dalam industri hiburan seperti Amy Search, Faizar Tahir, Aziz M.Osman, Vanidah Imran, dan Fahrin Ahmad. Tetapi, apakah kaitan mereka ini di dalam filem arahan Aminah Rhapor?. Adakah sebagai penyeri cerita hidup Nabil yang terumbang-ambing antara kerjaya, cinta dan impian untuk bergelar seorang selebriti pujaan di bawah label Nabil & Meet Uncle Hussain?. Semuanya itu adalah cerita rekaan yang di adaptasikan dari kisah hidup sebenar Nabil sebelum bergelar jutawan di bawah produksi Raja Lawak Astro.

Kekuatan cerita ini hanya terletak pada naratif yang melatari hidup Nabil sebagai manusia biasa yang menempuh pelbagai cabaran hidup sebelum bergelar 'public figure'. Itulah keistimewaan filem LPSDM ini. Cuma, kekurangannya adalah pada plot yang mengukuh lagi naratif termasuk kemunculan beberapa karektor seperti Lan & Meet Uncle Hussain di sepanjang filem ini bergerak. Persoalan yang kerap kali berlegar di minda saya adalah 'apakah kaitan Lan & Meet Uncle Hussain' yang kerap kali bermain gitar selepas aksi yang melibatkan Nabil?. Adakah ia sebagai bahan gelak ketawa penonton seperti scene dalam filem Adnan Sempit di mana watak lakonan Angah Raja Lawak agak menjadi dan ia berjaya menghidupkan filem itu berbanding LPSDM ini agak hambar dengan teknik dan gaya persembahan para pelakonnya.

Lu Pikirlah Sendiri De Movie bukan filem sampah sepertimana karya pertama lakonan Nabil, Sifu dan Tongga. Jika di bandingkan antara kedua-duanya, ia memberikan justifikasi yang berbeza dari sudut pemikiran dan teknik penyampaiannya. Aminah Rhapor, seorang penggiat teater yang sudah lama berkecimpung dalam dunia penerbitan filem tempatan. Apabila beliau mengambil keputusan mengarahkan karya LPSDM ini yang ketandusan tenaga pengarahannya, saya mengharapkan ada yang berbeza atau terbaru yang boleh dibanggakan seperti pengarah-pengarah akademik lain, namun tanggapan saya sungguh berbeza. Justeru, setiap permulaan bukan bermakna pengakhiran sebuah cerita atau perjuangan, namun mungkin selepas ini karya Aminah Rhapor mungkin tidak lagi mengecewakan. Membikin bukan senang dari menonton atau menilai setiap apa yang ada kekurangannya..

p/s: saya rasakan trailer LPSDM ini agak lemah dan kurang daya tarikan penontonnya. Sepatutnya masukkan scene yang boleh menarik penonton untuk serbu dan pecah panggung wayang!!! .. hehehe

Catat Ulasan

2 Ulasan

hans berkata…
film tu memang bosan pun
dia buat macam mana pun bosan