Perasan atau tidak jika di amati secara teliti terutamanya di dalam drama atau telemovie tempatan khususnya yang sedang ditayangkan di kaca tv atau di layar skrin 42 inci, kita boleh menyaksikan para pelakon mengenakan solekan (make-up) yang agak tebal walaupun ia merupakan scene yang berlaku di rumah, dalam bilik air, sedang memasak atau sebagainya. Gambaran seperti ini banyak memonopoli drama atau rangkaian tv swasta, seolah-olah ia suatu trend syarikat produksi bagi mempromosikan seseorang pelakon atau artistnya. Persoalannya, apakah wajar scene yang menggambarkan seorang pelakon 'baru keluar dari bilik air' - scene berkemban, atau scene 'bersantai di ruang tamu sambil makan biskut atau buah apple'-pelakon wanitanya perlu bersolek tebal walhal ia bukan pentas opera tetapi ia sebuah drama yang ceritanya tentang realiti, kini menjadi lakonan yang agak memalukan!. Sebagai sebuah produksi yang tahu selok belok dunia perfileman, perlulah faham bahawa setiap apa yang dipaparkan di layar skrin itu adalah rakaman realiti bukannya fantasi atau cerita rekaan semata-mata melainkan ia sebuah karya komedi yang menjadi kegilaan minda penonton masa kini. Tepuk dada tanya selera!!
p/s: Ada ke patut satu drama kt salah sebuah stesen tv nie.. scene makan kat rumah pun perlu mengenakan solekan tebal siap berlipstik lagi warna merah terang!!. hai.. nak makan ke atau nak menyundal!!!'.. kelakarlah...
1 Ulasan