'Jika pelakon dan tenaga produksinya mengkritik hasil kerja masing-masing atas tujuan tertentu, bagaimana pulak dengan para pengkritik yang mengkritik sesebuah filem sehingga kutipannya jatuh merudum atau naik mendadak tanpa ada rasa curiga dan bersalah?' Jika ini menimbulkan sensitiviti dan menyalahi undang-undang atau kontrak yang ditandatangani sebelum melibatkan diri dalam sesebuah produksi, maka Nabil tersilap langkah. Filem pertama arahan Aminah Rhapor, 'Lu Pikirlah Sendiri De Movie' terbitan SDAF Pictures Sdn. Bhd telah menimbulkan kontroversi apabila pelakon utamanya, Nabil membuat kenyataan akhbar berhubung filem lakonannya sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan penerbit dan tenaga produksinya. Apakah kenyataan yang agak sensitif itu, sehingga membuatkan penerbitnya mahu mengenakan tindakan undang-undang? Saya kurang pasti dan tak nak ambik tau, biarlah mereka sendiri yang mengatasinya. Mungkin penggemar cerita sensasi boleh utarakan pendapat anda berhubung isu Nabil dan filem lakonannya.. Lu Pikirlah Sendiri De Movie..
3 Ulasan