Peranan media di Malaysia samada 'media cetak, elektronik mahupun alam siber berteknologi terkini' semakin berani mengetengahkan sesuatu isu yang agak panas demi melariskan sesebuah siaran sekaligus mencatat rating penonton yang agak tinggi. Stesen tv antaranya satu sistem yang digemari oleh semua lapisan masyarakat tidak kira peringkat usia, jantina dan agama. Bahan-bahan siaran selalunya agak sensitif terutamanya pada paparan cerita sensasi dan elegan dan adakalanya agak basi dalam memaparkan sesuatu realiti demi kepentingan peribadi dan khalayak.
Paparan cerita berbentuk peribadi seringkali digembar-gemburkan oleh sesetengah rancangan hiburan yang ada ketikanya menjadikan artis popular samada yang sedang menghadapi krisis atau tengah melawan arus kehidupan, kini menjadi tatapan khalayak samada dirancang atau disengajakan. Rancangan seperti ini tidak boleh disangkal rating penontonnya bahkan ia boleh dikatakan makanan yang semakin digemari warga kota yang kehausan cerita-cerita sensasi demi untuk memuaskan hati dikala kegersangan.
Kemunculan beberapa program hiburan seperti 'Melodi, Fuhh, Terjah, Gala TV, Diva@1, Galaksi dan sebagainya..' sememangnya diakui mempunyai jumlah penonton dan pengikutnya tersendiri. Bayangkan cerita perceraian dan kehidupan songsang seseorang artis popular di paparkan secara drastik, ini menunjukkan keberanian wartawan hiburan kita menyelongkar sisi gelap kehidupan artis demi mencari sesuap nasi untuk diisi.
Rancangan-rancangan ini sememangnya tidak boleh dihentikan siarannya selagi ada permintaan dari penonton di Malaysia yang amat dahagakan paparan sensasi tanpa sempadan. Ia seolah-olah dianggap satu kekalutan dalam kehidupan seharian sekiranya kontroversi itu tidak dipaparkan. Jika ia diperbesarkan 'ada juga yang merungut dan tidak puas hati' bahkan ada ketikanya yang sanggup membogelkan diri demi memartabatkan kehidupan yang diagung-agungkannya.
Justeru, sekiranya media di Malaysia menghalalkan budaya gossip untuk tatapan penonton seluruhnya, maka ia akan menjadi barah dalam kehidupan yang mungkin tidak boleh lagi diatasi buat selama-lamanya.
p/s: Ntah dan sampai bile?..

0 Ulasan