
Menonton di GSC Times Square, KL semalam agak mengecewakan sedikit kerana teknikal di panggung tersebut mencacatkan filem ini di mana adunan bunyi tiba-tiba menjadi turun naik, tidak keluar suara pelakonnya dan tayangan filem itu terhenti seketika seolah-olah ada penunggu di panggung tersebut yang tidak membenarkan tayangannya berlangsung. Tidak beberapa lama kemudian, filem itu dimainkan semula sehingga akhir kreditnya tanpa ada cacat cela seperti sebelumnya. Ia bukan salah kualiti bunyi filem ini tetapi atas kesilapan teknikal di panggung GSC yang mungkin kata sesetengahnya tidak disengajakan. Tetapi.. ia perlu lebih prihatin kerana tumpuan penonton mungkin akan terganggu pada isi dan mood penceritaannya.
Berbalik kepada isi cerita Niyang Rapik ini, di mana kematian Zack terjawab dengan beberapa kejadian menggerikan di mana salah seorang daripada 4 rakannya mati melalui perlakuan sumbang mahram yang diburu Liana, sehingga akhir hayatnya. Kegerunan aspek horror itu ada pada imej botol yang mengandungi kepala Liana (Liyana Jasmay) yang tergerak-gerak dan pengarahan seni di dalam keseluruhan produksi Niyang Rapik ini menjadikan ia sebuah karya yang perku ditonton oleh semua peminat genre seram tempatan. Walaupun ia sebuah cerita seram biasa, tetapi kekuatan storytellingnya apatahlagi kecantikkan Tasik Kenyir, Terengganu menjadikan Niyang Rapik sebuah naskhah yang mungkin akan pecah panggung jika ada kena dengan caranya. Wallahuallam.
BINTANG:
Keseluruhan:4.5
Plot: 2.5
Lakonan: 3
Efek khas: 3.5
Sinematografi: 4
Plot: 2.5
Lakonan: 3
Efek khas: 3.5
Sinematografi: 4
p/s: Setiap orang ada pandangannya terhadap filem ini kan. Mungkin ada yg suka dan tidak kan?. Apa-pun pihak GSC Times Square perlulah prihatin pada soal-soal teknikal apabila sesebuah filem itu sedang ditayangkan. Jangan rosakkan mood penonton sesebuah filem itu. Jika tidak, filem yang menarik akan jadi tidak menarik kan!!
2 Ulasan