Sri Mersing dipentas teater mulai 12 Mac 2010!!!


Adaptasi dari filem Sri Mersing yang diterbitkan pada tahun 1961 oleh Cathay Keris, naskhah asal arahan Salleh Ghani itu akan dipentaskan mulai 12 hingga 21 Mac 2010 bermula pukul 8.30 malam. Memilih lokasi Panggung sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, 'Sri Mersing' versi terbaru yang dibarisi Dato' Mustapha Maarof, Datin Rosnani Jamil, Elly Mazlien, Ady Putra dan ramai lagi ini sebenarnya merupakan teater arahan Rosden Suboh yang memaparkan sebuah kisah penuh tragik. Kepada anda peminat teater dan filem Sri Mersing, pastikan temujanji anda mulai 12 Mac hingga 21 Mac 2010.

Sinopsis


Merah, anak Damak, singgah di Mersing dalam perjalanan pulang ke Pahang, dari menuntut ilmu di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau. Beliau cuba untuk mencari jawapan mengapa ayahnya sangat melarang beliau pergi ke Mersing. Beliau hanya tahu bapanya pernah mempunyai hubungan dengan gadis yang bernama Sri Mersing. Hajatnya di sambut baik oleh Sri Mersing dan anaknya Sri Melati. Namun, tidak pada sebahagian orang kampung terutamanya yang menyebelahi Bentayan, anak Penghulu Mersing.


Sri Mersing menceritakan kembali mengenai ayah Merah, Damak yang merantau ke Mersing bersama ibu dan adiknya, Deli. Damak merupakan seorang yang jujur dan ikhlas. Apabila Damak menyelamatkan Sri Mersing dari diculik, dia terpaksa berlawan dengan Awang Sulung. Sungguhpun kalah, Awang membuat fitnah yang memaksa Damak keluar dari kampung tersebut. Ayah Sri Mersing, Pak Malau mendapat tahu bahawa Awanglah sebenarnya yang menjadi dalang di sebalik kehilangan Sri. Walaupun Pak Malau cuba memujuk Damak dan keluarganya, namun Damak tetap membawa diri dari kampung tersebut.


Merah juga menerima nasib yang sama seperti ayahnya turut difitnah. Kedatangan Merah ke Sri Mersing sangat tidak disenangi oleh orang yang berkepentingan di situ tetapi amat disambut baik oleh kampung yang mengharapkan perubahan berlaku di Mersing apatah lagi Merah juga mempunyai pengetahuan agama yang baik. Namun, Merah juga mengambil keputusan untuk pulang ke Pahang dan mencurahkan bakti pada anak negerinya sendiri.


Plot cerita kedatangan Merah dan cerita asal Sri Mersing akan bergerak seakan selari namun di pengakhirannya tetap sama di mana kedua-dua mereka, Damak dan Merah akan pulang semula ke Pahang. Sesungguhnya naskhah Sri Mersing ini akan mengimbau suasana kehidupan Melayu suatu ketika dahulu dan juga filem klasik Sri Mersing itu sendiri.


Pelakon/Artis:

Damak ADI PUTRA

Sri Mersing ELLY MAZLEIN

Pak Malau A. GALAK

Awang Sulong YUS RAJA LAWAK

Merah HAIRI ANAK WAYANG

Sri Melati LEEZ ROSLI (AF)

Bentayan RUSDI RAMLI

Siantan MELISA SAILA

Tambak JEP (SEPAH)

Jalak Lenteng SHUIB (SEPAH)

Pak Sireh DATO’ MUSTAPHA MAAROF

Sri Mersing Semasa DATIN HJH.ROSNANI JAMIL

Penghulu ABU BAKAR JUAH

Mak Dara AZIZAH MAHZAN

Penghulu Lancang Kuning OSMAN JUPRI

Siti Payung MARDIANA BT ALWI

Deli MUTALIF ABU BAKAR




Tenaga Produksi:

Pengarah ROSDEN SUBOH

Pen. Pengarah TAIYUDDIN BAKAR

Penulis Skrip HAIRUL ANUAR HARUN

Pengurus Produksi MOHAMAD FADIL ABDUL MAJID

Pengarah Muzik NIK NIZAM

Pengarah Kareografer Tarian ON JAAFAR

Pen. Pengarah Kareografer Tarian MUTALIF ABU BAKAR




Tiket:

RM20, RM30, RM50, RM80, RM120 & RM150


p/s: Confirm pi tengok nanti!!

Catat Ulasan

0 Ulasan