Saya cukup tertarik dengan isu yang ditulis oleh wartawan Utusan Malaysia hari ini mengenai dialog antara Menteri KPDNKK, Datuk Ismail Sabri dengan golongan artis yang di adakan baru-baru ini di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Antara cebisan menarik tulisannya ialah:-
- Maka tidak hairan, hari ini generasi anak cucu yang dilahirkan melalui legasi Seniman Agung itu terpaksa meneruskan kehidupan dalam seribu satu kekurangan meskipun suatu ketika P.Ramlee menjadi penakluk yang maha dahsyat di layar perak dan dunia rakaman. Dimana silapnya, sehingga artis kita terus merintih dan meminta-minta di negaranya sendiri?
- mana perginya nama-nama seperti Mawi,Misha Omar, Alyah, Anuar Zain, Faizal Tahir, Hujan, Meet Uncle Hussain, Bunkface dan seribu satu nama anak muda popular lain di majlis yang sepatutnya disokong sepenuh padu ini? Oho, barangkali mereka sibuk. Kalau sibuk dengan urusan lain, tak dapatlah hendak menolong. Tetapi persoalan juga untuk ditanya, apakah orang seperti M.Nasir dan Siti Nurhaliza tidak sibuk?
- Isu royalti dan cetak rompak serta hak cipta melibatkan aliran muzik yang dijual kepada syarikat telekomunikasi.
- Datuk Ismail Sabri, “Sekali pun barangkali ia tidak melibatkan kementerian saya, saya akan usahakan untuk menyampaikan masalah berkaitan kepada kementerian terbabit untuk diselesaikan mengikut jalan sepatutnya, ". Jadi kementerian mana yang perlu bertanggungjwab membabitkan industri hiburan?.
- Hukuman lebih berat perlu dikenakan kepada lanun cetak rompak?. Perlu juga kepada premis yang membenarkan jualan bahan tersebut?. Saya syorkan hukuman sebat dilakukan. baru la mereka sedar sikit!!,
baca selanjutnya. Klik Sini
0 Ulasan