Antara Dua Alam dan DR. Rozmey!!!

2 Alam bakal pecah panggung 2010?. Mampukah ia menandingi kehebatan filem-filem tempatan lain?. Itulah persoalan yang kerap kali diperkatakan ramai terutamanya dikalangan warga industri, penonton dan peminat filem. Namun, tayangannya masih lagi ditunda dan ia belum diputuskan rasmi oleh penerbitnya, Dr. Rozmey.

2 Alam yang memaparkan kisah tragik seorang transeksual yang mayatnya mengalami kesukaran untuk dikebumikan, merupakan intipati penting kepada perjalanan 2 Alam, antara nakshah melodrama tragik yang ditunggu-tunggu ramai. Akan tetapi, disebalik jalan ceritanya yang dikatakan bakal mengubah persepsi penonton tempatan, mungkin anda tidak menyedari apakah kaitan penerbitnya DR. Rozmey dengan naskhah 2 Alam ini?. Perhatikan poster filem ini!!. wajah Dr Rozmey di muka hadapannya.. nyata memberikan maksud bahawa 2 Alam adalah sebuah cerita peribadi yang mungkin atau tidak ingin di kongsi penerbitnya.

Jika diperhatikan dari sudut kreativiti pembikinan sesebuah poster filem, hanya wajah pelakon sahaja yang menjadi teraju utama sesebuah filem, bahkan juga mungkin grafiknya menjadi pilihan . Tetapi untuk 2 Alam, Dr Rozmey menggunakan wajahnya sebagai poster filem tersebut. Ini sekaligus menampakkan bahawa 2 Alam adalah sebuah kisah dalam satu cerita. Justeru, 2 Alam adalah gagal menjadi sebuah filem terbaik dari sudut rekaan grafik posternya. Persoalannya, apakah DR. Rozmey membintangi 2 Alam?. Tepuk dada tanya selera.

p/s: 2 Alam... suatu kepastian dalam perhubungan.. hehehe tagline sendiri aku bagi.. JANGAN NAK CIPLAK OKAY!!!.
hehehe

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
hahahaa...hollywood pun takut nak buat poster cam gitu..