Setahun sudah pemergian Yasmin Ahmad.. setahun jugak lah legasi yang ditinggalkannya menerusi 6 buah filem terhebatnya, begitu jugak iklan-iklan petronas arahannya. 'Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentime', meninggalkan impak yang sangat besar dalam dunia perfileman amnya. Karya agungnya itu tetap ditonton sebahagian peminat, lantaran menjadikan ia sebagai koleksi peribadi serta khazanah bernilai yang tidak akan luput ditelan zaman. Walaupun begitu banyak karya filem lain yang memasuki beberapa pawagam tempatan, tiada satu pun yang bisa menyentuh perasaan khalayak penonton, cuma filem Crayon, yang dikatakan menyamai karya agung sentuhan Yasmin Ahmad, pastinya dinanti-nantikan sebilangan warga filem dan penonton fanatiknya.
Dalam meneliti beberapa buah karya yang dihasilkan Yasmin Ahmad, terdetik di hati saya apakah tidak ada inisiatif sesetengah pihak untuk menerbitkan koleksi abadi Yasmin Ahmad bagi memperingatinya dalam arena perfileman negara. Koleksi itu boleh dihasilkan dalam bentuk Box Set yang mengandungi 6 karya filemnya, disamping temubual ekslusif dan iklan-iklannya. Jika ia benar-benar direalisasikan, mungkin saya orang pertama yang akan memiliki khazanah abadi ini untuk dijadikan rujukan dan tontonan generasi akan datang.
Menurut Orked Ahmad, karya-karya filemnya ( Yasmin Ahmad ) dipunyai hak ciptanya oleh pelbagai pihak, lantaran Orked tidak mempunyai kuasa untuk merealisasikannya. Mungkin anda pemegang hak ciptanya, atau rakan partnernya yang pernah bekerjasama dengan arwah Yasmin semasa hidup, apa kata realisasikanlah permintaan ramai pihak ini untuk melihat khazanah Yasmin Ahmad diabadikan sebagai koleksi kenangan sepanjang zaman.
p/s: Saya berharap mana-mana pihak dapat berbincang untuk menerbitkan khazanah Yasmin Ahmad ini agar karyanya filem tidak ditelan zaman. Saya juga menunggu filem Crayon hasil produksi tempatan yang dikatakan menyamai karya filem Yasmin. Bukan meniru tetapi sentuhan mereka amat menyentuh perasaan.
- amy ikram ismail
0 Ulasan