Media Prima Berhad menerusi syarikat miliknya, TV3 memohon maaf kepada jutaan rakyat Malaysia atas penayangan iklan 'Sinari Lebaran' yang telah ditayangkan di saluran tv3 bagi menyemarakkan perayaan Aidilfitri bagi tahun 2010. Iklan yang mencetuskan kontroversi itu memaparkan seorang kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan selalunya digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal. Malahan ada juga beberapa babak yang memaparkan cahaya pelita keluar menerusi kelopak bunga, ini menunjukkan sambutan perayaan Deepavali yang dirayakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia.
Iklan yang berdurasi kira-kira satu minit itu juga menunjukkan visual seorang kanak-kanak merentasi Menara Berkembar Petronas, jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong yang terletak di Teluk Intan, Perak. Akibat daripada kritikan yang mencetuskan polimek yang luar biasa, pihak TV3 telah menarik balik tayangan iklan tersebut daripada disiarkan di TV3 dan pengumuman permohonan maaf itu akan dibuat di Buletin Utama TV3 malam ini.
Untuk menonton trailer iklan tersebut, sila ke artikel seterusnya...
p/s: Iklan ini diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010.
2 Ulasan
apa2 pun nantikan TVC Raya dari FINAS..