'Ketengahkan realiti kehidupan... Iklan Raya 'Fitting Room' mencetuskan kontroversi?


'Fitting Room', iklan Aidilfitri terbitan FINAS yang disiarkan baru-baru ini di beberapa saluran TV tempatan dan swasta dikatakan mencetuskan polimek tersendiri dikalangan beberapa individu sehingga menimbulkan kontroversi . Fitting Room yang mengetengahkan isu kehidupan dalam realiti sepasang keluarga muallaf yang diwakili watak Muthu , telah berkahwin dengan perempuan muslim berasal dari Sarawak. Muthu mempunyai seorang bapa yang masih beragama Hindu, tetapi mempunyai sifat kasih sayang terhadap anak kandungnya walaupun Muthu telah memeluk agama islam, begitu jua dengan Muthu yang mempunyai perasaan yang sama terhadap bapanya.

Iklan yang diarahkan oleh pengarah muda, Hadely Md Esa ini merupakan sebuah paparan realiti kehidupan masyarakat Malaysia yang sememangnya berlaku dalam kehidupan kita seharian. Ia cuba merungkai erti pengorbanan dan kasih sayang antara masyarakat walaupun berbeza warna kulit, agama dan budaya, tetapi mereka mempunyai sifat kasih sayang agung yang tidak boleh dijual beli.


Justeru, seandainya iklan ini ditarik balik tayangannya di beberapa stesen tv, maka kita malu ingin mengakui Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

Wallahuallam.

p/s: Saya tidak merasakan Iklan Fitting Room ini mencetuskan kontroversi kerana ia cuba mengupas erti kasih sayang antara dua keluarga. Jika benar isu ini kontroversi, maka tidak perlulah lagi para penerbit atau pengarah menghasilkan iklan yang bertemakan keindahan satu Malaysia melalui paparan kehidupan sebilangan masyarakatnya.
-Iklan ini mengingatkan saya pada beberapa karya Yasmin Ahmad yang kini tiada pegantinya.
-Banyak yang memberikan respond positif terhadap iklan raya ini, so di mana kontroversinya?.

Catat Ulasan

6 Ulasan

adzmarfazami berkata…
betul tu... tang mana yang kontroversinya pun tak tau..
saya tengok iklan ni sampai rasa nak menangis... tak patutlah kalau ditarik balik sebab ia benar2 menyentuh hati.
Amy Ikram berkata…
aku dpt inform dr tuan directornya, penerbit nk tarik blk.. ntah la aku pun x paham.. apa2 pun sume suke iklan nie... amat rugi jika ditraik balik..
Che Kay berkata…
Kontroversi? tak de mende pon... Kata 1 Malaysia.... (btw ape yang kontroversinye?)
Tanpa Nama berkata…
tahyul sgt iklan ni
Ryzrien berkata…
ok je iklan nih...
lg satu iklan balik raya nak bas...
kalau x silap girl tuh muallaf gak...
tp stil balik raya rumah mertua even husband dia dah mati...
suka sangt tngok iklan tuh...
Amy Ikram berkata…
iklan nie masih ditayangkan di semua saluran tv tempatan. tiada yg kontroversi disebalik iklan nie.. Cuma terdapat kesilapan teknikal dr pihak pengarah memaklumkan berita ini..

Harap maklum..

P/s: nantikan iklan deepavali.. Khabarnya ada sambungan dr kisah nie. Hehee