Penerbitan sesebuah dokumentari untuk tayangan di beberapa stesen TV selalunya mencecah ratusan ribu ringgit, cuma bagi dokumentari bertaraf biasa, ia akan bermula dari anggaran RM 50,000 hingga RM 150,000. Jika anda mempunyai jalan cerita yang menarik dan bertaraf antarabangsa dengan plot 4 Act Structure, maka bajet yang diperuntukkan selalunya mencecah antara RM 80,000 hingga RM 200,000 bagi sebuah tajuk dokumentari dengan durasi tayangan dan penerbitan 45 minit.
Penerbitan dokumentari dibawah terbitan FINAS selalunya menjurus kepada skop siaran National Geography, Discovery Channel dan History Channel. Ada juga yang menerbitkannya untuk siaran tempatan, misalnya RTM. Yang peliknya, ada sebuah agensi kerajaan yang mahu menerbitkan dokumentari jabatannya dengan kos anggaran RM 10,000.00. Bagi saya, itu kos penerbitan murah bagi iklan 30 saat yang kualitinya tidak beberapa baik. Tetapi, ada jugak yang mahu melaksanakannya, bahkan menolak dan mengenepikan soal kualiti daripada kuantiti. Kata mereka, mahu melaksanakannya, soal kualiti tak mahu. Apakah ada seorang pengarah atau produser mahu menggadaikan maruah namanya semata-mata menghasilkan sebuah karya yang tidak begitu baik dan hanya 'menampal futej yang ada, membuat suntingan dan memasukkan muzik', lantaran menjadikan sesebuah produk tidak mencapai apa yang diinginkan.
Justeru, jangan kata produk itu teruk kualitinya, jika anda sendiri tidak ada bajet!!!..
Wallahuallam..
3 Ulasan