Ibu kepada pengarah tersohor Allahyarham Yasmin Ahmad, Inom Yon ketika ditemui media baru-baru ini menyifatkan bahawa satu galeri bagi menghargai Yasmin Ahmad bakal ditubuhkan. Galeri yang akan menghimpunkan barang-barang kepunyaan Yasmin Ahmad meliputi anugerah-anugerah dimenanginya sehinggalah koleksi peribadi serta filemnya akan dipamerkan sebagai memperingati sumbangannya terhadap industri filem tempatan. Galeri yang dijangka akan beroperasi di kediaman Yasmin Ahmad di Langkawi itu merupakan antara cadangan Inom Yon kepada indutri filem Malaysia khususnya. Yasmin Ahmad yang meninggal dunia pada 25 Julai 2009 akibat stroke meninggalkan sejuta kenangan kepada warga filem terutamanya rakan-rakan artis dan karyawan yang pernah bekerja dengannya.
'Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf, dan Talentime' adalah karya Yasmin Ahmad yang amat bermakna kepada Malaysia amnya. Moga rohnya abadi dan tenang di sana. Amin
p/s: Mengharapkan karya filemnya di abadikan dalam satu koleksi khas ( box set).. saya percaya ia akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan..
0 Ulasan