Peminat filem akan menonton dipawagam, cuma segelintir dari mereka akan memilih rumah sebagai destinasi kedua untuk menonton sesebuah filem. Tetapi, ada juga yang menjadikan rumah sebagai platform untuk beristirehat bersama keluarga sambil menyaksikan filem-filem kegemaran tanpa diganggu. Namun, ada juga yang tidak mahu ke pawagam dengan alasan 'kena bayar parking, petrol, toll dan makan lagi'. Semua itu memberikan impak yang amat tajam buat industri filem dan hiburan tempatan.
Terkini, ASTRO melalui rangkaian FIRST kembali menyemarakkan sinema tempatan dengan memperkenalkan satu saluran khas bagi menayangkan filem-filem terkini selama 48 jam tanpa henti. Saluran itu hanya boleh dilanggan dengan pakej RM 15 bagi setiap satu filem. Antara filem yang kini ditayangkan adalah Ngangkung ( dalam format HD), Aku Masih Dara dan Damping Malam. Dan yang menunggu tayangan adalah Hantu Kak Limah Balik Rumah, Khurafat, Haq, Sini Ada Hantu, Hikayat Merong Mahawangsa, ... Dalam Botol dan banyak lagi. Harus diingat bahawa, setiap filem bergantung kepada jumlah tayangan 2 minggu di pawagam dan barulah akan menyusuri laluan di Astro First.
Saluran yang mula bersiaran 13 Januari 2011 lalu telah mengundang polemik dikalangan rakan industri, penggiat filem dan beberapa rakan media. Rata-ratanya beranggapan bahawa kemasukan filem-filem yang masih ditayangkan di pawagam ke dalam Astro First akan mengurangkan jumlah penonton ke pawagam. Ketika ditemui media, Ketua Pengarah FINAS, En Mohd Mahyidin Mustakim menjelaskan bahawa 'pihak FINAS sendiri akan mengatur satu pertemuan antara penerbit, pengedar dan pengusaha pawagam bersama ASTRO minggu ini bagi mengkaji impak terhadap rangkaian terbaru Astro itu yang kononnya akan mengurangkan kuantiti penonton ke pawagam. Tambahnya lagi, setiap filem yang dilanggan akan dicaj RM 15 bagi setiap satu filem dan akan mula beroperasi selepas langganan selama 48 jam iaitu 2 hari di kaca tv. Kebimbangan beberapa pihak terhadap sesebuah filem jika masih ditayangkan di pawagam, dan kemudian di Astro First nyata memberikan pulangan cukup positif buat beberapa pembikin dan produser filem lain. Menurut Norman Abdul Halim, Pengarah Urusan KRU Studios Berhad, ' saluran Astro First itu sedikit sebanyak membantu beberapa penerbit filem khususnya penerbit kecil yang menghasilkan filem, lantas membantu dari segi jualan tiket secara keseluruhannya. Soal kekurangan penonton ke pawagam bukan salah satu faktor kemerosotan jumlah kutipan, tetapi kerana soal cerita dan pendekatan yang di bawa bagi sesebuah filem yang ditayangkan di pawagam.
Namun, kemunculan saluran First di Astro akan dikaji keberkesanannya terhadap perkembangan sinema tempatan untuk masa akan datang. Apakah ia membantu atau sekadar mencari keuntungan?. Kami cuba mendapatkan pendapat beberapa pembikin filem lain berkenaan isu ini?. Anda bagaimana?. Setuju atau tidak dengan saluran Astro First?.
Tepuk dada tanya selera...
2 Ulasan
saya setuju dengan cadangan yang bernas ini.
cuma siapa ada tv HD aja la yang boleh langgan.
orang ada tv kokak macam saya ni macam mana?