Pembukaan Muzikal Tun Mahathir Part 2 semalam agak mendatar, bahkan ia boleh dikatakan sebuah pementasan teater yang membosankan terutamanya dari sudut penceritaannya. Mengambil jalan cerita yang agak sama pada pementasan terdahulu, Muzikal Tun Mahathir musim kedua kali ini berbeza cuma dari sudut pelakon yang menjayakannya. Penampilan Ezany Nizariff sebagai Dr. Mahathir dan Misha Omar sebagai Dr. Siti Hasmah agak biasa dari segi lakonannya, berbanding Esma Daniel sebagai Dato' Seri Dr Mahathir ketika dewasa boleh dikatakan cemerlang dari segi watak dan perwatakkannya. Esma Daniel berjaya membawakan sisi kehidupan Tun Mahathir dari pelbagai aspek, bahkan gaya percakapan dan mimik mukanya seolah-olah anda menyaksikan Tun Mahathir sebenar di atas pentas. Inilah lakonan bersahaja yang berjaya menyuntik kesan mendalam pada jiwa penonton yang menyaksikannya.
Elly Mazlien yang menjayakan watak Tun Dr Siti Hasmah bagi mengantikan pelakon Erra Fazira ( musim pertama) boleh dianggap tidak mampu menandingi kehebatan Erra yang begitu lemah lembut dari segi paparan watak Tun Dr Siti Hasmah. Cuma, yang terhiburnya apabila Elly Mazlien menyampaikan beberapa lagu yang begitu syahdu seolah-olah anda menonton konsert Elly Mazlien di Istana Budaya. Dipentaskan bermula 21 Januari hingga 30 Januari 2011, Muzikal Tun Mahathir 2 dibarisi juga Dato' AC Mizal, Sarimah Ibrahim dan Azean Irdawaty.
Saksikan lakonan-lakonan mereka di dalam Muzikal Tun Mahathir 2 di Istana Budaya sekarang!!
Tun Mahathir 3 generasi
Tun Dr Siti Hasmah
penampilan khas Dato' AC Mizal, Sarimah Ibrahim dan Seniwati Azean Irdawaty
kini di Istana Budaya
p/s: Saya lebih suka Erra Fazira dan Zizan Nin pegang watak Tun Mahathir ketika remaja dan Tun Dr. Siti Hasmah ketika remaja, berbanding Ezany Nizariff dan Elly Mazlien serta Misha Omar..
4 Ulasan