Apakah yang akan ada lakukan sekiranya anda berada di dalam panggung wayang dan ternampak kerlipan cahaya menerangi segenap ruang di dalam pawagam semasa anda sedang khusyuk menonton sesebuah filem?. Jika anda kaki telefon atau raja sms, tentunya anda juga tidak terkecuali daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa berada di dalam panggung wayang. Walau anda ditegur sekalipun tentunya perkara pertama yang terpacul keluar dari bibir anda adalah 'aku punya suke lah, aku bayar tiket jugak, pergi mampus ar', itulah kata-kata penuh hormat yang bisa anda luahkan apabila perbuatan anda ditegur. Syabas!! anda berjaya meletakkan diri anda sebagai penonton filem tegar yang degil, keparat, tidak bertanggung jawab dan pembawa masalah!'.
Undang-undang di dalam pawagam mengatakan bahawa 'anda tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat kelui atau penggunaan telefon bimbit, bercakap atau berborak sehingga menimbulkan kekacauan dari segi suasana tontonan, atau sebagainya yang berkaitan, namun sikap segelintir daripada kita menjadikan sesebuah undang-undang itu tidak telus dan sukar dihormati. Budaya seperti ini perlu dihakis agar ia tidak menjadi barah yang boleh memberi kesan negatif pada perkembangan minda generasi seterusnya. Bukan itu saja, ada juga di antara penonton kita melakukan aksi-aksi yang agak keterlaluan seperti, 'bercumbu, berpelukkan, bermesra-mesraan antara lelaki dan perempuan tanpa muhrim sehingga menimbulkan prasangka negatif. Begitu juga dengan pasangan lelaki dgn lelaki, juga perempuan dgn perempuan. Perbuatan seperti ini seolah-olah telah dihalalkan di dalam pawagam walaupun segelintir perbuatan itu dilakukan oleh penonton beragama islam. Persoalannya, dimanakah adab dan sopan kita sebagai masyarakat Malaysia yang kononnya kaya dengan budi bahasa itu?. Tepuk dada tanya selera.
Perbuatan seumpama itu perlu difikirkan sedalam-dalamnya tentang apakah sebab penonton kite masih tidak memahami undang-undang di dalam pawagam. Bukan menyangkal atau mengutuk tentang perbuatan kita sebab hak tontonan adalah ditangan individu itu sendiri. Sekiranya kita tidak memahami sesuatu undang-undang yang diwujudkan maka kita cuba mencipta satu budaya yang tidak akan terpadam buat selama-lamanya. Penonton yang baik adalah penonton yang bisa menghormati persekitaran dan penonton yang hina adalah mereka dikalangan yang tidak bertanggungjawab.
Buka minda dan fikir-fikirkanlah.
p/s: Jika ada penonton yang masih berdegil.. masa filem ditayangkan asyik bukak phone dan menjawab panggilan.. apa kata saya cadangkan beli pawagam tersebut dan anda boleh sesuka hati menggunakannya.. mereka pun tak marah.. Jangan jadikan pawagam seperti rumah anda sebab bukan anda seorang yang membayar tiket masuk panggung!!!.

1 Ulasan