'Cantik tapi membosankan!', Haq The Movie


Bermula tayangannya pada 27 Januari 2011 yang lalu, Haq The Movie garapan dua pengarah muda, Jumaatun Azmi dan Cl-Hor antara karya yang agak biasa untuk diperbincangkan. Walaupun tercalon dalam pelbagai kategori di FFM 23, 2010 , Haq The Movie menerima anugerah Lakon Layar Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23, 2010.


Ditulis lakon layarnya oleh Jumaatun Azmi selaku pengarah bersama, Haq menceritakan tentang dendam dua sahabat lakonan Ady Putra dan Zul Huzaimi. Kedua-dua mereka memiliki kuasa yang sangat luar biasa sehinggakan salah seorang daripadanya mencemburui antara satu sama lain. Menariknya, filem yang merakamkan sudut sinematografi yang sangat cantik oleh Siew Ming Chai membuatkan filem ini sangat ekslusif, tetapi dari sudut penceritaannya agak mendatar sehingga menjadikan ia sebuah filem yang agak membosankan. Adegan ranjang antara Ady Putra dan Nanu dianggap pelaris filem ini bahkan rata-ratanya ke pawagam mahukan suatu yang berbeza dari kebanyakkan filem-filem tempatan yang lain. Cuma, kecewanya Haq kurang menyengat berbanding filem-filem tempatan lain yang kini rancak ditayangkan di pawagam. Apakah Haq sebuah filem seni yang memerlukan penonton memahami setiap garapan plotnya?. Anda tentu mempunyai jawapannya tersendiri jika anda meluangkan masa menonton Haq The Movie dan cuba memahami apakah yang ingin disampaikan pengarah dan penulis lakon layarnya. Bagi saya, filem ini tidak menyuntik semangat saya untuk menonton kali kedua. Cukuplah sekadar menonton kali pertama. Itupun hanya 7 orang penonton sahaja yang menonton bersama saya di TGV KLCC, Ahad lepas..


p/s: Haq The Movie, mungkin ada yang suka atau tidak kan!!. Terpulang pada anda..

Catat Ulasan

1 Ulasan

DanieL AdiE berkata…
yeah..dh ramai yg tgk cite nie ckp cite nie bosan..