Debaran yang dirancang... Ratu The Movie garapan terbaru Razak Mohaideen


'Ratu The Movie' terbitan Line Clear Motion Pictures, arahan dan lakon layar Prof. Madya A.Razak Mohaideen antara karya yang mengetengahkan bakat-bakat baru dalam dunia filem dan hiburan tempatan. Bakal menjengah pawagam tempatan mulai 17 Mac 2011, Ratu The Movie antara karya yang agak simple, mendebarkan tetapi mengelirukan yang akhirnya mewujudkan satu dramatik yang dirancang. Apakah debaran dan cabaran yang dilakukan para pelakonnya?. Jom kita selidiki antara yang terkandung dan yang dipaparkan dalam naskhah Ratu The Movie ini..

..dari segi cerita..

Ratu menampilkan sebuah cerita yang agak klise, tetapi diperbaharui dengan unsur dramatik insiden yang menguatkan isi cerita. Paparan RATU lebih memberi fokus kepada pencarian Ratu Cantik antara 10 finalis jelita yang dibarisi muka-muka baru dalam dunia lakonan. Ia membawa penonton menerokai perjalanan beberapa finalis yang dibawa bercuti menaiki kapal mewah, memasuki hutan belantara yang membahayakan, mendebarkan, yang akhirnya mewujudkan satu dramatik di mana, apa yang berlaku pada 10 finalis ini adalah dirancang pihak penganjur Ratu Cantik bagi mencari ketulenan sifat seseorang wanita bagi menyandang kerusi Pesona Ratu di dalam naskhah Ratu The Movie ini. Keseluruhan cerita pada permulaan dan pertengahan filem ini cukup mengelirukan. Persoalan yang bermain di fikiran saya adalah 'apakah genre filem ini - adakah ia action, horror atau thriller?'. Apakah sangkut paut segala kejadian pada 10 finalis itu?. Akhirnya barulah saya tahu yang segala apa yang berlaku di dalam hutan tersebut adalah perkara yang dirancang bagi mencari PESONA RATU yang sebenar dikalangan 10 finalis itu. Nak tahu kesudahan ceritanya, anda kenalah sendiri menonton Ratu The Movie di pawagam nanti.

Kualiti Bunyi...

Penataan bunyi di dalam filem ini agak membingitkan. Perhatikan pada dialog yang diucap, tonnya agak tinggi sehingga kadangkala saya menutup telinga pada ucapan yang dituturkan. Apakah itu hanya standard kualiti bunyi di dalam filem RATU?. Boleh dikatakan, seolah-olah saya menonton filem MISTIK arahan Prof Razak. Kata teman media, barangkali sistem audio di dalam panggung sebegitu. Mustahil!!!. Namun, harus diingat kualiti bunyi dan muzik amat memainkan peranan penting di dalam sesebuah filem. Jangan sampai ia terganggu kerana mood penonton perlu di ambil kira.


dari segi lakonan...

Kemunculan beberapa pelakon baru sememangnya mewarnai industri filem tempatan. Jika lakonan seseorang pelakon itu terbaik dan meninggalkan impak pada sesetengah penonton dalam sesebuah filem, maka pelakon itu akan dinobatkan sebagai pelakon terbaik. Seterusnya ia disambar beberapa produser filem tempatan yang lain. Di dalam RATU THE MOVIE, agak sukar untuk saya membuat perbandingan watak untuk mencari antara yang terbaik, kerana pelakonnya masih baru ; rata-ratanya mahukan perhatian - lihat sahaja lakonan semua bintang di dalam Ratu kecuali Fauziah Ghaus dan Eizlan Yusof. Namun, saya memberikan kredit yang cukup cemerlang pada kemunculan pelakon senior seperti Mazlan Tahir!! Superb bro!!. Aku terkesima..


perlukah ia menjadi filem wajib tonton March 2011?.

Jika ditanya pada saya, perlukah RATU THE MOVIE menjadi antara filem wajib ditonton?. Jujur saya katakan bahawa 'YA.. TIDAK.. dan terpulang pada anda..!. Jika anda mahu kelainan dalam sesebuah filem, barangkali mempunyai segala falsafah dan pemikirannya, maka RATU bukan pilihan tepat untuk anda. Percayalah Ratu dibikin secara komersial dengan tujuan hiburan bukannya sebagai filem seni yang mempunyai falsafah atau pemikirannya sepertimana yang diharapkan oleh pengkritik filem atau pemikir filem yang lain. Justeru, terpulang pada anda samada mahu menyaksikannya atau tidak. Apa yang pasti RATU tidak mengecewakan anda..

keseluruhan..
Aku bagi kredit pada filem ini sebanyak *** sahaja..

p/s: RATU THE MOVIE.. ditayangkan serentak seluruh Malaysia mulai 17 Mac 2011.

Catat Ulasan

0 Ulasan