'Comolot The Movie'.. persoalan dan harapan


terasa malas rasanya mahu menulis dan terus menulis
tangan terus menaip, memikirkan dan berfantasi..
mengadaptasikan visual ke layar skrin untuk dihayati, ditatapi, dicemuh dan dikutuk
Namun..
ada juga mereka yang tak sabar mahu melihat kesinambungan
sebuah karya yang mengungkap erti sebuah rasa, persahabatan dan cinta

Tentang Cinta dan persoalan siapakah Aiman, Danial, dan Juwita akan terjawab
kenapa Juwita tidak boleh berkahwin dengan Danial?.
Siapakah Juwita sebenarnya?.
Semua akan terungkap
dalam sebuah kisah yang menyayat hati
barangkali atau angan-angan..
itulah aku.. si penglipur lara yang kejam

Kekejaman persahabatan atas dasar lumrah alam
tertewas dalam pelukan cinta terlarang yang dilaknati

'Cinta kalau dibilang akan bersatu menjadi suci...
Cinta yang suci akan datang bila dua jiwa bersatu hati..'

Dunia terus menghukum mereka
Awan mendung.. dan titisan hujan mula membasahi bumi..

'Cinta sama laki-laki adalah cinta yang tidak direstui
dan terlarang dalam kamus agama...
Sampai kapan pun Allah S.W.T tidak akan terima kerna itu bukan cinta suci..
Seperti sucinya cinta Adam dan Hawa'

Disitulah sebuah kisah bermula dan berakhir
dalam pelukan jiwa..
merentasi sebuah kisah cinta tanpa sempadan
yang akan bersinar kembali tidak lama lagi..

Itulah kisah mereka... kisah cinta mereka.. kisah persahabatan mereka..
yang tak terfikir dek akal
Itulah kisah
'comolot the movie', yang akan mula menjadi kejam kembali

'Wajarkah aku memulakan coretannya...?'
Anda pasti tahu jawapannya...


Catat Ulasan

3 Ulasan

James Danvers berkata…
menarik! cepat buat.. heheh...
Tanpa Nama berkata…
salam amy ikram, nyata persoalan cinta sejenis menjadi satu pergolakan dalam diri yg kuat dan jarang dipertontonkn umum.. sy rasa usaha amy harus diteruskan dan comolot mmg perlukan kesinanmbungan di arena yg lebih besar seperti layar perak.. sy hargai usaha saudara, harap ia akn melakar satu lg sejarah dlm negara dunia prfileman negara selepas dalam botol.. semoga berjaya
Amy Ikram berkata…
Insya allah. Terima kasih. Ia bukan bermakna saya menyokong isu dan budaya itu. Ia sekadar menceritakan n menggambarkan pergolakan hidup dari sisi yg berbeza.