Dusta Ampang Berkalang Noda...



Jalan Berlubang, Lampu Isyarat tidak bersistematik, Lampu jalan tidak ada..
Jalan agak sesak.. dan hanya berpandukan lampu dari kenderaan yang dipandu..
bukankah itu satu penyiksaan yang amat membahayakan?

gelagat mat rempit yang suka menyelit di selekoh sempit..
mengundang ketakutan yang amat dasyat..

Membelok ke kiri ke kanan dan memotong
tanpa memberikan isyarat signal..
juga di anggap durjana jalan raya..

Bagi mereka pengguna jalan di sekitarnya..
amat takut pada waktu puncak..
tatkala 'makan gaji' berlumba pulang apabila pukul 5.00 petang
bagaikan sardin di dalam bekasnya
terpancut keluar bila kegersangan memuncak



Pemandu Bas Metro juga SJ Bus
suka hati masuk kiri masuk kanan
macam 'bapak dia punya jalan'

'politik'.. aku cukup benci
kerna ialah manusia menjadi hipokrit
tahu berbicara tidak tahu bertindak

mahu memimpin tapi malas bertindak
itulah ragam si keparat dusta

Ampang...
Cukup sesak..
semuanya penuh dengan masalah
masalah dunia yang kita ciptakan

tapi..
andaikata ada yang bertindak..
sejuklah dada.. tersenyumlah minda

namun..
hanya kepura-puraan mahu memimpin
politik kosong menjadi idaman
bulan dan bintang

hanya yang tahu akan berbicara
yang malu terus mendiamkan diri

itulah ragam manusia kita....
Dusta Ampang Berkalang Noda

Catat Ulasan

0 Ulasan