IFTAR 2011 - Adibah Noor & Rumah Titian Kasih berjaya kutip dana RM 24,900.00!

Assalamualaikum!

Terlebih dahulu aku nak ucap berbanyak-banyak terima kasih pada Adibah Noor yang sudi menjemput aku ke Majlis Berbuka Puasa sebentar tadi di Berjaya Hotel, Times Square, Kuala Lumpur. Majlis anjuran Adibah Noor Entertainment bersama Berjaya Hotel Times Square KL itu adalah untuk meraikan anak-anak yatim Rumah Titian Kasih, Titiwangsa, Kuala Lumpur. Daripada program yang dianjurkan, aku sempat menderma setulus dan seikhlas rasa bagi tabung Titian Kasih yang diletak di meja pendaftaran masuk ke program ini. Menariknya, kutipan dana yang dikumpulkan pada malam ini adalah berjumlah RM 24,900.00, dan semua kutipan itu telah diserahkan kepada Rumah Titian Kasih, melalui presidennya, Mak Pah. Menurut Mak Pah, beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih pada pengurusan Times Square KL yang sudi memberi sumbangan sebanyak RM6,000 sebulan kepada Rumah Titian Kasih. Sumbangan itu bertujuan untuk membayar semua sewa dan kemudahan untuk kegunaan penghuni Titian Kasih.

Bagi anda yang telah menderma, moga Allah S.W.T permudahkan rezeki dan segala urusan hidup kita di muka bumi. Tetapi, dalam diam-diam aku agak kecewa dengan seorang rakanku yang menolak tawaran untuk menghadiri majlis ini, dengan alasan 'kena derma pada anak yatim!'. Derma ini adalah ikhlas dan jumlahnya terpulang pada kemampuan kita - yang penting ikhlas dan jangan mengungkit apa yang telah anda berikan pada mereka. Barangkali kita agak berat hati untuk mengeluarkan duit untuk menderma, tetapi sekiranya wang dikeluarkan untuk membeli belah ( shopping) barang berjenama, mampu pulak ye kan?. Terpulanglah pada anda, kerana derma itu tiada paksaan.. Cuma pada mereka yang menghargai kehidupan, akan merasai keperitan hidup bagi yang memerlukan.

Oh ya, menu berbuka aku hari ini agak simple. Jadi korang bolehlah tengok gambar di atas ini, apa yang aku makan tadi. hehe. Tapi sup wantan ( tiada dalam gambar) memang terbaik punya!!!.. Thank's pada Azam Zainal dan Rashdan yang sudi turut serta memeriahkan majlis berbuka anjuran Adibah Noor petang tadi..

-Majlis Berbuka Puasa Adibah Noor ini turut diserikan lagi dengan persembahan Sheila ( Anak ND Lala), Bob AF dan kanak-kanak titian kasih.. -

Moga tahun depan kita berjumpa lagi ya Kak Deeb!. Salam Aidilfitri dan Salam Ramadhan.. Moga apa yang kita lakukan hari ini diberkati-Nya..

Amin..

Catat Ulasan

2 Ulasan

ADIBAH NOOR berkata…
terima kasih atas nota yg begitu tulus.
memang tidak semua merasakan perlu untuk menderma.
tapi sekali buat, jadi ketagih, insyaallah, atas kemampuan masing2.
ada pulak org buat mengharapkan pahala, dan sbgnya.
walaupun tidak mengharapkan balasan, mengharapkan pahala tu pun kira mengarapkan balasan gak kan?
kita serahkan semuanya kepada Allah swt.
hanya Dia shj tahu sejauh mana keikhlasan kita.
harapan yang paling baik ialah semoga bebanan mereka yg kurang bernasib baik itu dapat diringankan sedikit.
thanks for your support.
mohon maaf seandainya tidak sempat melayan atau sekirnya ada sebarang kekurangan.
ADIBAH NOOR berkata…
terima kasih atas nota yg begitu tulus.
memang tidak semua merasakan perlu untuk menderma.
tapi sekali buat, jadi ketagih, insyaallah, atas kemampuan masing2.
ada pulak org buat mengharapkan pahala, dan sbgnya.
walaupun tidak mengharapkan balasan, mengharapkan pahala tu pun kira mengarapkan balasan gak kan?
kita serahkan semuanya kepada Allah swt.
hanya Dia shj tahu sejauh mana keikhlasan kita.
harapan yang paling baik ialah semoga bebanan mereka yg kurang bernasib baik itu dapat diringankan sedikit.
thanks for your support.
mohon maaf seandainya tidak sempat melayan atau sekirnya ada sebarang kekurangan.