Mencatat kutipan RM 2 juta lebih, 'Hantu Bonceng' laku dipawagam!

Walaupun jalan ceritanya agak klise dari kebiasaannya, namun populariti atas promosi yang hebat, berjaya meletakkan 'Hantu Bonceng' dekat dengan penonton tempatan. Memasuki pawagam tempatan pada 31 Ogos 2011, 'Hantu Bonceng', karya dan arahan pengarah filem profilik, Ahmad Idham berjaya mengutip kutipan agak memberangsangkan. Dengan kutipan RM 2 juta lebih dalam jangka masa beberapa minggu, 'Hantu Bonceng', yang menampilkan Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aiz, Dottie dan Taiyuddin Bakar itu merupakan antara filem terlaris musim perayaan.

Ketika dihubungi media, Ahmad Idham Ahmad Nadzri mengakui tanpa kerjasama yang erat antara semua pelakon, krew dan tenaga produksi serta promosi, mana mungkin kejayaan tersebut diraih. Selain itu, promosi yang hebat di laman twitter kelolaan pelakon comel, Azwan Annuar juga di facebook, berjaya menampakkan hasil serta menyuntik semangat penonton tempatan untuk menonton karya terbaru Idham ini.

Walaupun dikritik sesetengah penonton mengatakan agak klise, namun itu tidak mematahkan semangat Ahmad Idham untuk terus mempromosikan 'Hantu Bonceng' agar penonton sama-sama membonceng ke pawagam terdekat.


Catat Ulasan

0 Ulasan