Awan yang mendung.. langit mula gelap..
Hujan mula turun rintik-rintik..
Kilat sabung menyabung tandanya hari semakin parah
Jendela dibuka..
Sang Gajah berjalan terhoyong hayang mencari mangsa
Sang Keldai mengangguk mengikut arah belakang
Janji dikota untuk bertemu
Disingkir Sang Kancil kerna busuk hatinya..
Awan semakin mendung berarak lalu
titisan embun jatuh ke bumi
retak, hancur dimamah usia
Filem berputar, cahaya berkelipan semakin suram
seratus warna kehidupan
kau genggam ia
dilontar penuh keriangan
Hari silih berganti
Sang Gajah mahu mentadbir alam
Sang Singa berkuasa dusta
Sang Keldai mengangguk tanda setuju
tahi diberak di calit sama
Langit mendung patah seribu
gelap cahayanya semakin nazak
surat dilayang menunggu hari
berpuakalah alam ciptaan mereka
Kata nista hati dikota
mencarut sialan si puaka dusta
kepentingan hidup sendiri pasti
memaksa bumi mengikut rentaknya
Usah bertanya pada hati
Kiasan jiwanya letak di mana
hati dimamah mendongak ke langit
penuh angkuh, dusta keparat dunia
tersungkur pasti ke tanah jua
Wallahuallam
0 Ulasan