Penganjuran 'Crossing Borders 2011' , merangkumi Forum, Persidangan, Pitch Idea dan perbentangan hasil kerja dari karyawan dan pembikin filem dokumentari antarabangsa, yang dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersama Documentary Campus, EDN, Blue In Green Production dan GDA China memperlihatkan kematangan industri dokumentari dunia yang dibawakan khas ke Malaysia, bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Bermula 10 hingga 12 Disember 2011, program yang mempertaruhkan beberapa karyawan terkenal dari pelusuk dunia dalam industri dokumentari, FINAS berharap penganjuran Crossing Borders 2011 dapat membuka mata banyak pihak khususnya dalam bidang pekerjaan bagi menghasilkan puluhan karya dokumentari mengikut standard kualiti antarabangsa.
Seperti sedia maklum, industri dokumentari di Malaysia baru mula tapaknya. Ia melangkah ke hadapan, mengikut arus perubahan masa memandangkan dunia penerbitan dokumentari tempatan yang diambil iniasitif oleh FINAS melalui pelbagai dana dan projek khas, telah mewujudkan ramai pembikin dokumentari di Malaysia. Bermula dengan projek Smart Tunnel, Becoming A King dan Perak Man, nama Lara dan Harun dari Novista melonjak tinggi. Mereka berdua telah mencorakkan bagaimana sinema dokumentari di Malaysia dengan penayangan pelbagai dokumentari (melalui dana FINAS dan kerjasama antarabangsa dengan Discovery & AETN), seterusnya ditayangkan di semua saluran AETN seluruh negara ; bahkan menjadi satu fenomena luar biasa bagi kejayaan FINAS yang dipimpin Datuk Mahyidin Mustakim selama 5 tahun. Selepas Datuk Mahyidin meninggalkan FINAS, ia diambil alih oleh pembikin dokumentari, Mohd Naguib Razak. Kehadirannya ke organisasi FINAS, mencorakkan lagi projek Crossing Borders 2011 yang diterajuinya - bertujuan memperkembangkan jalinan kerjasama serantau dan antarabangsa dengan membawa masuk idea dan kreativiti pembikin dokumentari antarabangsa ke Malaysia.
Walaupun ia cuba menjadikan dokumentari sebagai satu industri sepertimana industri perfileman, FINAS perlu mengorak langkah lebih jauh dengan memandang ke hadapan; dengan mengimbangkan dua industri menjadi satu industri berpendapatan tinggi, kreatif dan mampu menjana ekosistem pembangunan dan ekonomi negara. Apabila FINAS membawa masuk beberapa pembikin dokumentari antarabangsa bagi menyertai Crossing Borders 2011, tujuannya untuk berkongsi pemikiran sesama karyawan dokumentari tempatan, ia wajar disokong kerana ilmu pemikiran mereka, agar positifnya kembali kepada diri kita sekaligus kepada industri kreatif negara. Merujuk kepada persoalan ini, industri filem juga memerlukan tindakan drastik seperti itu, barangkali untuk jangka masa tidak lama lagi. Seandainya FINAS menyediakan platform sepertimana Crossing Borders untuk dokumentari, khususnya dalam industri perfileman ; misalnya membawa masuk beberapa pembikin filem terkenal dari seluruh dunia, tujuannya berkongsi pengalaman, kerja dan daya kreativiti bagi merancakkan sinema Malaysia, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai pusat filem serantau sepertimana yang tertumpu kepada dunia filem di cannes, hollywood dan sebagainya.
Justeru, semua pihak perlu menggembleng tenaga sekiranya mahu 'Malaysia di kenali sebagai Industri Filem juga dalam industri dokumentari. Usah malu untuk berbicara, kerana malu itu menghalang diri kita untuk mencapai kejayaan. Semuanya terletak di tangan FINAS.
Tepuk dada tanya selera.
Justeru, semua pihak perlu menggembleng tenaga sekiranya mahu 'Malaysia di kenali sebagai Industri Filem juga dalam industri dokumentari. Usah malu untuk berbicara, kerana malu itu menghalang diri kita untuk mencapai kejayaan. Semuanya terletak di tangan FINAS.
Tepuk dada tanya selera.
0 Ulasan