Jawatan Ketua Pengarah FINAS yang diterajui Mohd Naguib Razak, telah mencetuskan kontroversi di dada-dada akhbar. Pelbagai spekulasi negatif dilemparkan media kepada Naguib seolah-olah beliau 'gila kuasa' ataupun 'tidak menjalankan tanggung jawab dengan sebaiknya'. Ketika diajukan soalan berkaitan jawatan yang disandangnya serta pelbagai isu yang timbul sejak kebelakangan ini, Mohd Naguib Razak tampil membuat kenyataan media pada Jumaat lepas di Mixstage Studio, Finas, yang dihadiri ramai rakan media cetak dan elektronik. Dalam kenyataannya itu, Naguib mengatakan apa yang ditulis media itu adalah tidak berasas dan tidak masuk akal!. Jom kita lihat apa yang diperkatakan Naguib dalam bicara media tersebut:-
1. “Kalau sudah ditetapkan rezeki saya di sini (Finas), saya akan terus memikul tanggungjawab ini dan kalau tak mampu, mungkin saya berundur tetapi benda ini (berundur) tak akan timbul kerana saya yakin dapat merentasi cabaran dan halangan itu.
2. “Saya bersedia menerima tawaran sebagai KP Finas berdasarkan pengalaman 15 tahun dalam industri dan tumpuan saya bukan kepada dokumentari sebagaimana hangat diperkatakan kini.
3. “Pembabitan awal saya dalam industri ini adalah filem cereka, di mana saya pernah menulis skrip dan terbabit dalam pengiklanan.
4. “Selain itu, saya pernah bertugas di ABU (Asia-Pacific Broadcasting Union), berkhidmat di Astro, menghasilkan filem, animasi serta banyak jaringan kerja pada peringkat antarabangsa. Saya sudah bekerja dalam pelbagai bidang dan cabang seni serta sangat memahami perjalanan industri ini.
5. Saya lebih terarah kepada dokumentari kerana sukar mendapatkan dana membuat filem.
6. Saya sedia berbincang dengan penggiat seni kerana jawatan KP ini bukan untuk saya seorang tetapi untuk menggerakkan industri. Apapun komen, saya terima dengan hati terbuka tetapi berkenaan isu kecil, tak perlu saya jawab.
Pertemuan dan Program di Hotel 5 Bintang.
1. Mana ada saya suka bermewah. Kadangkala imej nampak mewah tetapi kos tak tinggi pun. Setiap yang saya buat mesti ada sebab dan bukan sengaja memilih hotel berbintang untuk berbincang.
2. Kos Malam Anugerah Festival Dokumentari Finas 2011 pada 11 Disember lalu, tidak sampai RM300,000. Saya rasa perbelanjaan itu berbaloi kerana Finas menjemput lebih 50 delegasi luar negara untuk menghadiri forum dan malam anugerah itu. Sewajarnya mereka menginap di hotel bagus dan selesa kerana mereka tetamu kita. Jadi untuk menjimatkan masa perjalanan dan sebagainya, lebih baik saya terus mengadakan perjumpaan di sana.
3. Bukan selalu diadakan pertemuan di tempat eksklusif, ada juga dibuat di Finas. Tengoklah pada keadaan dan keperluan.
Isu Pegawai Khas
1. Pegawai khas dikatakan itu hanya pembantu biasa dan dia tidak terbabit dalam sebarang urusan dan pentadbiran di Finas. Dia tolong angkat beg, buatkan kopi dan bukan sepanjang masa dia bersama saya. Kalau tak perlu, saya tak bawa dia pun.
2. Untuk urusan kerja, saya tetap merujuk kepada timbalan saya dan pegawai lain di Finas. Saya tidak pernah ketepikan sesiapa pun di Finas. Semuanya masih berfungsi seperti biasa. Setiap jabatan dan bahagian di Finas sangat penting untuk kejayaan Finas dan industri.
3. Saya juga belajar perkara baru, termasuk protokol berurusan dengan pelbagai lapisan orang daripada peringkat paling rendah hinggalah mereka yang di kedudukan tertinggi. Ini semua komen nakal.
Diharapkan tidak akan timbul sebarang spekulasi negatif lagi. Beliau menjelaskan ia semua adalah komen nakal yang cuba menjatuhkan reputasinya sebagai Ketua Pengarah FINAS yang baru.
Harap maklum.
0 Ulasan