Mata Rabun boleh melihat..
Mata yang Sepet terkucup manja
Hati yang lara jangan gabra
Cinta Gubra Cinta Sejati
Hati berkias gerimisnya senja
Hati Mukhsin lukanya dalam
Muallaf sejati mencari cinta
dipelusuk dunia dirungkai jua..
Lagu berkumandang irama malam
nyaring suaranya memecah dingin
dunia menangis awan berbisik
Talentime pasti ke temu jua
Filem berputar semakin laju
semakin dalam perlahan rentaknya
Andai wayangnya pergi jua
namanya pasti ku kenang di jiwa..
*****
Jujur ku katakan aku amat merindui sentuhannya..apabila aku menonton sesebuah filem di pawagam.. aku masih tercari-cari apakah sinema kita.. sinema Malaysia masih punyai karyawan setaraf Allahyarham Yasmin Ahmad?. Aku tersenyum bila ku melihat industri filem kita mula mengorak langkahnya. Dari filem indie hinggalah ke filem komersial box office, semuanya memaparkan kejayaan tertinggi anak seni kita.. Cuma.. aku mengharapkan akan ada penyambung warisan bagi filem-filem sealiran Yasmin Ahmad.
Kini.. ku temui mereka.. ...Dalam Botol ditangan Khir Rahman cukup simbolik dan indah bahasa filemnya... Itulah sebuah 'filem' yang original.. 'filem' yang dianggap 'karya filem' adalah sebuah filem yang tahu nahu dan bahasa visual dan bahasa filemnya. Apabila aku menonton 'Songlap' karya Effendee dan Fariza semalam.. tamparan yang cukup hebat bagi sinema kita. ia adalah sebuah karya filem. Aku bangga sebab ia berjaya membuktikan ia adalah karya filem bukan filem telemovie atau drama tv atau drama minggu ini.. Cuma, aku menantikan Bunohan karya pengarah Dukun, Dain Said tahun hadapan.. Apakah Sinema kita akan banyak karya yang betul-betul dianggap sebuah 'filem'.. ?
Itu akan terungkap seandainya karyawan kita bijak menghasilkan sesebuah filem. Ia terletak ditangan mereka samada mahu memajukannya atau menghancurkannya. Apa yang pasti aku masih tertanya-tanya 'apakah akan ada pihak yang sanggup dan berani menghasilkan koleksi terbaik filem-filem arahan Yasmin Ahmad dalam Box Set?. Letakkanlah filem RABUN, SEPET, GUBRA, MUKHSIN dan MUALLAF? ; hasilkanlah dalam bentuk Box Set. Aku mahu ia menjadi realiti.. biarlah mereka yang mencarinya.. akan temui dalam satu koleksi terbaik. Barangkali semua pihak perlu berganding baru membuktikannya. Tepuk dada tanya selera..
Wallahuallam
0 Ulasan