'JALINAN PERSAHABATAN, SKANDAL & KEHIDUPAN', RELATIONSHIP STATUS - DUNIA FACEBOOK KHAIRIL M. BAHAR

'Cinta, Seks, Skandal, Persahabatan dan Alam Kehidupan Maya' yang bersangkut paut dengan alam realiti diterjemahkan secara jujur oleh Khairil M.Bahar menerusi 'Relationship Status'. Filem yang membariskan lakonan hebat Susan Lankester, Gavin Yap, Ruzana Ibrahim, Baki Zainal, Daphne Iking, Tony Eusoff dan ramai lagi ini merupakan sebuah karya yang mengangkat tema kekeluargaan, persahabatan dan perhubungan sesama manusia. Isu skandal di laman facebook ; dalam erti kata lain - mempunyai kawan di alam maya, walaupun rata-ratanya sudah berumah tangga dan mempunyai mereka yang disayangi, namun soal mencari teman berbicara di alam siber sudah menjadi lumrah masyarakat moden khususnya di Kuala Lumpur. Khairil M.Bahar, selaku storyteller, berjaya mewujudkan rasa dan mood filem ini - ia bergerak secara melodrama pada permulaannya ( dengan pelbagai tujuan dan kehendak utama melalui karektor Susan Lankester kepada Gavin Yap - kegilaan terhadap dunia facebook) , beralih kepada kemuncaknya apabila terbongkar hubungan maya antara Baki Zainal dan Daphne Iking, walaupun Baki Zainal telah berumah tangga dengan Ruzana Ibrahim (dalam wataknya). Ini konflik yang cuba dikupas Khairil M.Bahar dalam Relationship Status bahawa 'dalam hubungan alam maya status itu penting bagi menarik kenalan / rakan untuk mendekati diri kita secara langsung atau tidak langsung. Ini kejahatan dalam dunia realiti apabila status itu terpaksa dibohongi semata-mata mahu mencari teman baru - apa tujuan dan motifnya?.

'Relationship Status' tidak memerlukan lagu tema yang meruntun perasaan dan sinematografinya yang cemerlang seperti kebanyakkan filem-filem arus perdana yang komersial, cukuplah sekadar muzik yang penting pada sesuatu babak dan plotnya. Filem yang mempunyai banyak muzik yang komersial, bukan bertujuan untuk menjual cerita, tetapi mereka (penerbit) mahu menjual muziknya. Jadi apabila penonton menangis menonton sesebuah filem , ini bermakna mereka terpesona dengan muzik dibantu dengan visual yang bersesuaian. Jadi, dalam perkara ini - penonton sudah tertipu. 'Relationship Status', sebuah filem Malaysia yang wajar ditonton ( rugilah kalau mereka tak mahu menontonnya), sebab ia filem yang bagus plot ceritanya. Mereka yang terlalu disogokkan dengan elemen komersial secara membabi buta mungkin akan menganggap filem ini agak membosankan, sebenarnya tidak. Tonton dan lihat serta hayati apa yang ingin diperkatakan pada setiap babak filem ini. Pasti anda akan menyukai keseluruhan plot dan isi cerita filem ini.


Ditayangkan hanya di panggung TGV Cinemas terpilih - KLCC, SUNWAY PYRAMID, TEBRAU CITY JOHOR BHARU, 1st AVENUE PENANG dan KINTA CITY, IPOH, PERAK , 'Relationship Status', sebuah filem terbaik untuk pembukaan 2012. Tonton dengan jiwa dan minda yang terbuka, pasti anda tersenyum menontonnya..

Note:

Filem ini ditayangkan dalam format BLU-RAY.
Filem ini dirakam menggunakan CANON 5D MARK II & 550D


p/s: Seandainya juri FFM25-2012 tetap sama, maka agak tipis untuk Relationship Status memenangi sebarang kategori. Saya Syorkan anda menonton filem ini..

ulasan dan kritikan yang bagus, sila klik AJAMI dan FADZ.

Catat Ulasan

0 Ulasan