6 Jawatan di FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) kini dibuka. Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Februari 2012. Jika anda mahukan sebarang cabaran , suasana baru dan suka-suka.. sila lah apply sebab kekosongan tempat amat terhad.
JAWATAN KOSONG
- PENYUNTING (PASCA PRODUKSI)
SYARAT LANTIKAN:
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Diploma, Sijil dalam bidang Kreatif Multimedia, Penyiaran atau bidang berkaitan;
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan suntingan filem/video.
- Fee bulanan: diantara RM1,800.00 – 2,500.00 (boleh dirunding)
- Bilangan kekosongan: 1 Jawatan
DESKRIPSI TUGAS:
- Mempunyai kreativiti dan inovasi dalam membuat dan memastikan hasil rakaman disunting dengan baik.
- Mampu untuk mengendalikan peralatan suntingan dengan baik dan memastikan semua jenis penggunaan ’suite’ suntingan dikawal selia dengan sistematik dan berkesan.
- Melaporkan keperluan suntingan mengikut keperluan semasa.
- Mempunyai inisiatif untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan mampu untuk bekerja di dalam situasi yang mencabar.
- PENYUNTING (SINEMA MALAYSIA)
SYARAT LANTIKAN:
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Diploma, Sijil dalam bidang Kreatif Multimedia, Penyiaran atau bidang berkaitan;
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
- Fasih bertutur dan mahir menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris;
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan, serta hasil kerja telah tersiar di mana-mana majalah tempatan atau antarabangsa.
- Fee bulanan: diantara RM2,000.00 – 3,000.00 (boleh dirunding)
- Bilangan kekosongan: 1 Jawatan
DESKRIPSI TUGAS:
- Fokus hanya pada Majalah Sinema Malaysia, Majalah untuk terbitan ke pasaran antarabangsa dan kandungan internet FINAS yang berkaitan.
- Mengumpul dan memilih gambar-gambar untuk di muat dalam Majalah Sinema Malaysia dengan inisiatif kreatif dan berkesan.
- Menyelaras hubungan dengan penulis tamu dari masa ke semasa.
- Menetapkan rekabentuk Majalah Sinema Malaysia dan isi kandungan internet yang berkaitan.
- Menyunting (laras bahasa, ejaan dan tema).
- Mengawal selia isi kandungan Majalah Sinema Malaysia dari masa ke semasa.
- PENULIS (SINEMA MALAYSIA)
SYARAT LANTIKAN:
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Diploma, Sijil dalam bidang Kreatif Multimedia, Penyiaran atau bidang berkaitan;
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
- Fasih bertutur dan mahir menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris;
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan serta hasil kerja telah tersiar di mana-mana majalah tempatan atau antarabangsa
- Fee bulanan: diantara RM2,000.00 – 3,000.00 (boleh dirunding)
- Bilangan kekosongan: 1 Jawatan
DESKRIPSI TUGAS:
- Fokus hanya pada Majalah Sinema Malaysia dan Majalah untuk terbitan ke pasaran antarabangsa.
- Mengumpul dan memilih gambar-gambar untuk di muat dalam Majalah Sinema Malaysia dan isi kandungan internet yang berkaitan.
- Menulis artikel-artikel yang perlu dimuatkan dalam Majalah Sinema Malaysia dan membuat ulasan isu-isu tertentu mengikut keperluan semasa.
- Melakukan temuramah dan menyelaras usaha-usaha mendapatkan bahan berita yang berkualiti untuk dimuatkan di dalam Majalah Sinema Malaysia dan isi kandungan internet FINAS yang berkaitan.
- Mempunyai daya kreatif dan inisiatif dan mampu untuk menghasilkan gaya penulisan yang menarik mengikut perkembangan semasa dunia perfileman tempatan dan antarabangsa.
- PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Mempunyai pengalaman luas dalam pembangunan sistem dan laman web.
- Mempunyai kemahiran dalam bahasa pengaturcaraan seperti PHP, ASP.net, Java dan lain-lain
- Kreativit tinggi dan boleh bekerja secara berkumpulan.
- Mempunyai pengalaman dalam penggunaan sistem Open Source.
- Fee bulanan: diantara RM1,800.00 – 2,500.00 (boleh dirunding)
- Bilangan kekosongan: 1 Jawatan
- Membantu menjalankan kajian, perancangan, analisis dan pembangunan ke atas keperluan perkakasan dan perisian ICT baru dan tambahan.
- Membantu mengurus dan kawalselia anggota unit serta kontraktor pengendali sistem yang dilantik.
- Membantu merancang dan mentadbir internet, email dan perisian.
- Membantu kerja-kerja senggaraan server dan rangkaian serta menyelaras Meja Bantuan Teknikal ICT.
- JURUTEKNIK KOMPUTER
SYARAT LANTIKAN:
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat, atau;
- Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang sistem komputer, atau;
- Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data daripada politeknik tempatan yang diiktiraf, atau;
- Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) daripada politeknik tempatan yang diiktiraf, dan
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan.
- Fee bulanan: diantara RM1,200.00 – 1,800.00 (mengikut kelulusan/sijil)
- Bilangan kekosongan: 1 Jawatan
DESKRIPSI TUGAS:
- Membantu tugas-tugas pengurusan aset ICT.
- Menyelenggara kemudahan & perkhidmatan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi serta menyelesaikan masalah teknikal.
- Pemeriksaan dan penyelenggaraan kelengkapan ICT seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT.
- Menyelesaikan segala aduan Meja Bantuan Teknikal ICT.
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
SYARAT LANTIKAN:
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
- Fee bulanan: diantara RM1,200.00
- Bilangan kekosongan: 2 Jawatan
DESKRIPSI TUGAS:
- Membantu menguruskan fail-fail pejabat dan urusan surat menyurat.
- Mempunyai perwatakan menarik dan mampu untuk berkomunikasi dengan baik.
- Lain-lain tugas perkeranian.
SYARAT LANTIKAN:
DESKRIPSI TUGAS:
ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dialamatkan kepada :
Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(u.p. : Unit Pengurusan Sumber Manusia) - Tarikh tutup permohonan: 29 Februari 2012
CATATAN AM
- Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
- Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga jawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan/maklumat selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
0 Ulasan