KEMPEN 'CETAK ROMPAK' ATAU 'ANTI CETAK ROMPAK'?

'Cetak Rompak' dan 'Anti Cetak Rompak', merupakan dua definisi yang berlainan maksudnya. 'Cetak Rompak' dengan kata ringkasnya bermaksud 'mencetak, menciplak dan mencuri' hasil karya orang lain demi kepentingan diri sendiri. Manakala 'Anti Cetak Rompak' pula menghuraikan secara ringkas bahawa 'jangan menyokong perbuatan mencuri, mencetak, dan menciplak'. Penggunaan istilah 'Cetak Rompak' dan 'Anti Cetak Rompak', mestilah betul ditempatnya agar ia tidak disalah ertikan oleh mereka khususnya yang arif dalam penggunaan bahasa dan istilahnya.

Kempen 'Cetak Rompak' yang diumumkan kerajaan baru-baru ini perlu dibetulkan istilah bahasanya. Sekiranya tidak, ia akan membawa maksud yang agak negatif. 'Kempen Cetak Rompak' jika difikirkan secara logiknya membawa erti yang sangat mendalam iaitu 'Jom sama-sama kita memperbanyakkan aktiviti cetak rompak - 'ISTILAH KEMPEN CETAK ROMPAK'. Sebaliknya, istilah yang mesti digunakan ialah KEMPEN ANTI CETAK ROMPAK!.

Diharapkan pihak berkenaan dapat memperbetulkan kembali penggunaan istilah tersebut. Apa yang pasti KEMPEN ANTI CETAK ROMPAK perlu disokong bersama agar hasil karya anak seni tempatan terpelihara dan dihargai.

Wallahuallam

KEMPEN ANTI CETAK ROMPAK
bukannya KEMPEN CETAK ROMPAK!!

Catat Ulasan

2 Ulasan

vendoline berkata…
hehehe terbaik citer ni..nak tengok seafood lak..hehehe
kaya org cetak rompak ni
Unknown berkata…
mcm mna nk tngk ?