SINEMA BUNOHAN KE PERSADA DUNIA.. FILEM BERJIWA DALAM MAKSUDNYA

Jika FINAS mengagungkan taglinenya, 'Filem Malaysia Ke Persada Dunia', barangkali kita boleh berfikir sejenak. Fikiran itu kita bataskan apabila banyak filem yang meliputi pelbagai genre menguasai pawagam tempatan. Kemunculan filem dalam konteks sinema dunia bukan perkara asing dalam industri filem tempatan. Apabila Yasmin Ahmad, mengorak langkah ke persada dunia melalui karya-karya sentuhannya, banyak yang bercakap malahan ada juga yang menuding jari kewujudannya di muka bumi. Bukan Yasmin seorang sahaja boleh dilihat meletakkan sinema Malaysia di tempat teratas sehingga diiktiraf antara pembikin filem berani, kreatif dan mahal pemikirannya, tetapi sekadar menyebut nama lain, barangkali mungkin ;
U-Wei Hj Shaari, Amir Muhammad, Ho Yuhang dan beberapa nama yang agak masyur di arena sinema filem bebas.

Dain Said antara nama yang kurang dikenali dalam sinema Malaysia, tetapi jiwa dan pemikirannya agak mahal, berbanding karyawan filem tempatan yang lain. Meletakkan DUKUN sebagai platform pertamanya dalam pembikinan filem di Malaysia, tetapi digagalkan oleh mereka yang berkuasa di arena politik, sehingga DUKUN yang asalnya mendapat kelulusan penuh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) ditarik tayangannya agar 'tidak singgah' dipawagam oleh penerbitnya, Astro Shaw.

Beberapa tahun menyepi dan berinspirasi dalam dunia penerbitan dokumentari, Dain Said mencabar Sinema Malaysia melalui cerita hebatnya, BUNOHAN yang kini diperkatakan antara Filem Malaysia Kelas Pertama sehingga mendapat perhatian sinema dunia, malahan menjadi filem Malaysia yang diperkatakan di beberapa festival filem antarabangsa. Memenangi beberapa penghargaan dan anugerah tertinggi di beberapa festival filem antaranya, Festival Filem Taipei Golden Horse 2011, Festival Filem Antarabangsa Sao Paolo 2011, Palm String International Film Festival, Asia Bali Indonesia Film Festival 2011, Rotterdam Film Festival 2012, dan Fantastic Fest 2011 Amerika Syarikat merupakan antara festival filem yang telah dijelajahi BUNOHAN untuk menempa nama di arena perfileman dunia.

Membuka tirainya pada 8 Mac 2012 dibeberapa pawagam tempatan seluruh Malaysia, BUNOHAN merupakan filem Dain Said yang kedua selepas Dukun. Filem yang diterbitkan Nandita Solomon dari Apparat Films ini merupakan sebuah cerita tentang kehidupan, persahabatan, kekeluargaan, serta perjuangan antara hidup dan mati. Mengambil latar tempat Bunohan sebuah daerah di Tumpat, Kelantan, ia berkisar tentang 3 beradik, Adil, Ilham dan Bakar. Adil ( Zahiril Adzim) , seorang peninju tomoi ternama yang hampir maut di sempadan Thailand tetapi cuba diselamatkan rakannya Muski. Adil diburu Ilham (Faizal Hussein), pembunuh upahan yang sengaja mahu membunuh Adil kerana melanggar peraturan sedia ada sebagai seorang peninju. Akibat takut akan nyawanya melayang ditangan Ilham, Adil melarikan diri sehingga ke Bunohan. Di sana Adil mengetahui bahawa Ilham adalah abang tirinya yang sudah lama tidak pulang ke kampung setelah ibu bapanya bercerai. Pergolakan kuasa dan dendam termeterai apabila Bakar (Pekin Ibrahim) muncul di Bunohan semata-mata mahu merampas tanah dan kuasa milik keluarga mereka, demi wang ringgit yang ditaburkan oleh seorang jutawan.

Dari segi perkembangan watak, menariknya, BUNOHAN memberi fokus agak teliti dari segi perwatakannya. ADIL dan ILHAM agar kotor sifatnya, baik adakala jahat tetapi BAKAR sempurna dan bersih pakaiannya, tetapi kotor dalamannya. Ini satu kritikan sosial yang cuba diketengahkan Dain Said dalam Bunohan di mana, tidak semua mereka yang baik wajahnya itu baik sifatnya, tetapi kalau yang tampak kotor, hanyir dan busuk itu bukan bermakna ia jahat atau tidak cerdik, tetapi dari segi dalamannya itu agak baik sifatnya berbanding yang baik paras rupa tetapi busuk dalamannya. Kritikan ini adalah gambaran realiti sepertimana yang berlaku dalam masyarakat atau sesebuah organisasi samada kerajaan ataupun swasta.

Hidangan BUNOHAN agak mencabar pemikiran dan indah garapannya. Penceritaan Bunohan terletak pada 'permulaan dan pengakhiran cerita'. Di mana ketiga-tiga watak diperkenalkan 'Reflect on TV SCREEN dalam sebuah coffee shop di mana watak Zahiril Adzim, Faizal Hussein, dan Pekin Ibrahim divisualkan. Ketiga-tiga watak itu berkembang dan mewujudkan plot yang akhirnya menjadikan BUNOHAN sebagai sebuah cerita penuh misteri dan mempunyai dongengnya tersendiri. Please watch opening and ending scene.. pay attention untuk keseluruhan cerita. Kalau tak nanti korang takkan faham!.

Misteri tentang kewujudan seorang anak kecil di sebalik alunan muzik wayang kulit yang dimainkan watak Wan Hanafi Su ; juga paparan visual slide wayang ditebuk dan camera focus dalam slide wayang dengan bebayang (nyata menimbulkan mood ingin tahu - siapa dan kenapa - kena tonton semula BUNOHAN untuk memahaminya. Kemunculan secara imbasan pada watak Mek Yah (Buaya Jadian - Manusia Separuh Buaya) lakonan Tengku Azura amat menakjubkan dan penuh tanda tanya. - ini satu scene yang perlu anda teliti untuk memahaminya. Siapa Mek Yah.. dan apa hubungannya dengan keluarga Bakar, Adil dan Ilham?. Semua persoalan itu akan terjawab jika anda duduk menonton Bunohan dengan teliti tanpa berkelip mata.. Pasti anda akan tahu jawapannya.

Filem yang indah dan cantik garapannya sekiranya dibantu dengan teknik pencahayaan atau dipanggil sinematografi. Dalam BUNOHAN, Charin Tong PengPanich selaku pengarah sinematografi memberikan satu hidangan yang cukup menakjubkan sepertimana anda menonton filem-filem dari Thailand, Vietnam, Amerika dan mana-mana karya yang boleh dilabelkan sebagai kelas pertama. Dark Mood dan Low Key digunakan dalam BUNOHAN sekaligus menampakkan ia sebuah karya yang cukup hebat, cantik (bukan filem chantek tau!) dan indah sentuhannya. Cuba lihat juga shot, photografi dan warna yang dimainkan. I loved it this movie. Superb and excellent! bukan excellent pictures!.

Dalam pembikinan sesebuah filem, muzik memainkan peranan penting bagi menggerakkan sesebuah cerita. Muzik dengan nyanyian lagu-lagu popular artis, lagu sedih menyusuk jiwa ; barangkali indah untuk didengar, sambil mengesatkan air mata melihat visual diadun bersama lagu tema - hebat!. Tetapi untuk BUNOHAN.. ia bukan filem yang boleh diletakkan muzik dan skornya sebarangan. Tan Yan Wei (Yuan) selaku pengarah muzik telah memberikan sesuatu yang hebat untuk filem ini. Jujur untuk diperkatakan ialah 'BUNOHAN', filem terbaik di Malaysia ketika ini. Tak ada filem yang sehebat BUNOHAN. Dia sapu bersih semua filem tempatan yang ada di Malaysia. Sinematografi yang cantik, falsafah yang tinggi nilai dan bahasa filemnya serta teratur dan tinggi plot penceritaannya. Seandainya BUNOHAN tewas di Pesta Keramaian Anak Anak Wayang tahun ini.. Pincanglah Seni Rosaklah Industri'.

Tonton Bunohan akan membunuh anda di pawagam bermula 8 MAC 2012.. Sebuah filem hebat dari Dain Said . Ini Filem yang ditunggu abad ini. Tonton dengan minda dan jiwa terbuka (lupakan sejenak filem komersial lain).. Demi Bunohan.. Demi Bangsa Kita.. Demi Sinema Kita..

**Bunohan akan melebarkan sayapnya di beberapa negara di seluruh dunia selepas tayangannya di Malaysia.. Bunohan akan menyertai 85th OSCAR ACADEMY AWARDS pada 2013 nite'..**


Nantikan Ulasan Penuh Profilik BUNOHAN akan datang..

Catat Ulasan

3 Ulasan

PerangFilem berkata…
meremang bulu roma membacanya.. nice review! btw, pasal Oscar tu boleh cerita sikit? :)
faisal mustaffa berkata…
Mek Yah - buaya jadian
Kakiwayang berkata…
aha, dah tengok juga...cite ni memang ala2 arwah Yasmin Ahmad punya style...slow2 tapi ada banyak mesej tersirat... jemput baca review di Kakiwayang.com juga..=)