WARNA WARNI KEHIDUPAN CINTA SI KURA-KURA - CINTA KURA KURA

Bermula tayangannya hari ini, 1 Mac 2012 - CINTA KURA KURA ditangan Nizam Zakaria merupakan sebuah naskhah yang menarik, menghiburkan dan mempunyai jalan cerita yang agak simple dari kebiasaan filem-filem yang pernah kita tonton sebelum ini.

CINTA KURA-KURA memaparkan dua jurang kehidupan antara manusia dan haiwan ; mewakili watak NANI dan ADAM- manusia. Dan watak haiwan ; mewakili Nico, sang kura-kura yang agak nakal dibantu sang kura tua dan sang kura betina. Perbezaan ketara dalam CINTA KURA-KURA ditangani dengan baik oleh Nizam Zakaria selaku storyteller, tetapi dari segi janaan imej CGI nampak agak berkurangan dan janggal - menjadikan CINTA KURA KURA sebagai naskhah yang tidak nampak realitinya. Dari segi penceritaan dan plot dalam CINTA KURA KURA agak simple ; tidak memerlukan penonton untuk berfikir sampai kepeningan dalam memahami naskhah dan bahasa visual serta dialognya - cukuplah sekadar menjadikan CINTA KURA-KURA sebagai sebuah filem yang agak comel dan penuh warna warni.

Warna Warni kehidupan dalam CINTA KURA KURA digambarkan melalui susun warna yang diletakkan Nizam Zakaria pada semua karektor yang terlibat dalam filem ini. Misalnya, Kura-Kura, Nizam memilih penggunaan warna hijau - berdasarkan warna alam (menggambarkan ketenangan yang akhirnya terpisah pada akhir penceritaan ; bebasnya kura tua lakonan Ucop Wilcha yang berenang ditasik - bebas dari kuasa manusia yang penuh hasad dengki dan wang ringgit. Warna Merah yang diletakkan pada watak Aeril Zafrel melambangkan 'baranya cinta dan sifat jatuh hatinya pada watak Nani lakonan Tiz Zaqyah. Nani dilakonkan Tiz Zaqyah agak bersahaja, menjadikan CINTA KURA KURA sebagai sebuah filem agak simple dan penuh metaforanya.

Nani yang menggunakan warna Hijau dan kadangkala warna sejuk dan juga warna panas melambangkan sifat dan karektor yang tidak fokus dan panas baran serta tidak berfikir dengan waras apabila terjadinya sesuatu perkara. Bayangkan bagaimana Nico (kura-kura nakal ; menggunakan suara Zizan Razak) memperdayakan mereka berdua (Nani-Adam) ; di mana Nico menceroboh masuk ke dalam bilik Nani lalu melarikan sebahagian pakaian dalam dan diletakkan di atas katil Adam - membuktikan bagaimana Kura-Kura yang difantasikan Nizam melalui Nico sangat nakal. Begitulah nakalnya 'cinta remaja' yang cuba digambarkan Nizam Zakaria sebagai 'Cinta Kura Kura'.

'Cinta Kura-Kura' adalah simbolik kepada hubungan rasa dan kasih sayang golongan remaja (yang baru mengenal erti sebuah cinta) dan juga rasa sukanya Nico kepada kura-kura betina, lakon suara Fara Fauzana. Namun jangan dilupa, Cinta Kura Kura bermain dengan metafor yang agak simple iaitu watak Fadzly lakonan Fizz Fairuz. Dalam situasi ini, Nizam menggunakan logo Arnab pada kedai milik Fizz Fairuz, di mana jika difikir secara logik akalnya, Sifat Arnab itu adalah mementingkan diri sendiri ; maka logo Arnab yang diguna pakai di kedai haiwan tersebut bagi menggambarkan bagaimana Fizz cuba memperdayakan Nani untuk meminjamkan Nico (di bawa untuk Spa Haiwan - tetapi tidak) - untuk dijual sebagai hidangan Eksotik di sebuah restoran mewah dan terkemuka di bandar. Dalam perkara ini, Nizam cuba memberikan kita sesuatu bahawa 'sifat mementingkan diri sendiri itu adalah sifat arnab. Ini terletak pada karektor Fizz Fairuz.

Perjalanan filem Cinta Kura-Kura, seperti yang ditegaskan agak simple, menghiburkan, penuh warna-warni. Dan apa yang pasti peminat genre romantik komedi dan cinta remaja, pasti akan suka filem ini. Tonton dengan jiwa dan minda yang tenang.. pasti akan menemui apa yang tersirat dalam CINTA KURA-KURA..


Ingat... bukan Cinta Si Kura Kura..! Tapi boleh ke Kura-Kura itu bercinta?. Bukan ke Manusia itu umpama kura-kura yang menunggu cinta tak kunjung tiba?.

Sabor Jer Lah.
Ber'Kura-Kura' di pawagam
1 Mac 2012
CINTA KURA KURA sebuah filem NIZAM ZAKARIA


Catat Ulasan

1 Ulasan

Hans Hanis berkata…
berkura - kura menontonnya..
jgn jadi kekuraan pula
hehehe