by Admin
Menelan kos pembikinan sekitar 28 billion won (24.92 billion USD), 'MY WAY', antara filem korea termahal dalam sejarah penghasilannya. Diedarkan di Malaysia oleh Alternate Pictures Sdn Bhd, MY WAY sebuah naskhah arahan Kang-Je-gyu antara filem wajib tonton April 2012 bagi penggemar filem korea dan aksi di Malaysia. Jika Korea terkenal dengan sentimental value dalam setiap produk filem yang dihasilkannya, namun MY WAY mengetengahkan elemen aksi, thriller, horror dan drama bagi setiap babak yang dipersembahkan. Jikalau anda mengatakan Battleship dan The Avengers antara filem terbaik yang pernah anda tonton, harus diingat MY WAY perlu diletakkan dalam senarai filem wajib anda tonton dipawagam, bukan di rumah anda.
Filem ini dibuka dan berakhir dengan acara marathon olimpik, yang sememangnya menjadi impian Joon-Sik untuk menjadi hero kepada sukan tersebut, diterima bekerja sebagai hamba kepada keluarga Tatsuo Hasegawa, seorang lelaki yang juga mengimpikan memenangi acara olimpik di Jepun suatu hari nanti. Suatu tragedi yang menyebabkan datuk Tatsuo terbunuh telah berlaku, menyebabkan Joon-Sik dan Tatsuo menjadi musuh. Permusuhan mereka akhirnya menjadi suatu 'persahabatan semula' apabila masing-masing terperangkap ; ingin melepaskan diri dari Perang Dunia yang meletus ; menimbulkan kekejaman yang sangat menyentuh perasaan.
'Bom yang meletus, tembakkan tanpa rasa perikemanusiaan, mayat digilis kereta kebal, peperangan yang dasyat bagaikan satu kiamat dan pertarungan nyawa' menjadi intipati yang cukup menarik dalam MY WAY, sebuah naskhah terulung dari pengarah filem Taegukgi. Bagi anda yang meminati genre perang dan thriller, MY WAY menghidangkan satu cerita yang cukup berbeza yang pasti membuatkan anda terpegun, terkejut dan takut sepanjang menonton filem ini. Andaikata filem ini dibikin dalam format tayangan Real 3D, Imax 3D atau IMAX 2D, pasti ia bertambah hebat, kerana MY WAY sebuah naskhah yang 'seringkali' membuatkan 'mata setiap penonton berjaga-jaga' kerana setiap paparan yang disediakan pengarahnya amat kejam dan seringkali membuatkan jiwa dan jantung anda berdegup kencang.
Walaupun diselubungi elemen aksi dan perang, MY WAY juga menyuntik elemen kemanusiaan, persahabatan dan kekeluargaan antara mereka dalam satu pasukan ketenteraan. Elemen sebegini perlu dalam setiap genre filem. Unsur kekejaman pasukan tentera Jepun, digambarkan jujur dalam filem ini, tanpa perlu berselindung disebalik agenda politik pemerintahan sesebuah negara. Percayalah, MY WAY, suatu perjalanan cerita yang terbaik dalam rangkuman sinema dunia ketika ini.
Wajib Tonton dipawagam sekarang!.. Anda pasti tersenyum.. Tidak rugi menontonnya
p/s: nak baca ulasan sinopsis cerita, sila google sendiri la ye..
0 Ulasan