'BERSIH' cabar Prinsip RUKUN NEGARA?

RUKUN NEGARA mempunyai 5 prinsip utama yang harus diamalkan seluruh rakyat Malaysia. 'Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang Undang' serta 'Kesopanan dan Kesusilaan'. Sebagai rakyat Malaysia yang dikurniakan akal fikiran yang waras, apakah 'BERSIH' yang dilaungkan sebahagian rakyat Malaysia boleh dikatakan 'Bersih' dari sudut pemikiran dan tingkah lakunya?.

BERSIH 3.0 yang mencetuskan kontroversi, menjadi antara detik kecemasan bagi Malaysia apabila terjadinya huru-hara oleh sebilangan atau sekelompok penyokong BERSIH yang mahukan keadilan di bumi Malaysia. KEADILAN bagaimanakah yang mereka laungkan?. Apakah dengan membenci Perdana Menteri Malaysia, menteri-menteri kabinet dan sistem pemerintahan kerajaan, dianggap telah BERSIH dari sudut akal fikiran sebagai bangsa Malaysia yang berpendidikan tinggi sampai ke universiti?. Sia-sia sahaja anda belajar sampai ke luar negara, ke universiti, dan belajar agama tinggi-tinggi, jikalau anda 'cuba mencabar kedaulatan undang-undang'!.

'Kepercayaan Kepada Tuhan'.. menjadi intipati yang harus diikuti semua rakyat Malaysia tidak mengira status agama, bangsa dan warna kulit. Bagi mereka yang mempunyai asas agama kukuh, apakah dengan 'memberontak sehingga ada yang cedera - keselamatan terancam', dianggap cukup hebat dan seorang wirawan yang bemaruah tinggi?. Andaikata diberi peluang mereka mentadbir negara 'barangkali inilah cara mereka bersuara' akan diteruskan dan dihalalkan dalam sistem pemerintahan akan datang.

Penganjuran BERSIH secara haram dan tidak dibenarkan, dianggap cuba mencabar prinsip rukun negara iaitu 'Kesetiaan kepada Raja dan Negara'. Seorang rakyat Malaysia yang mempunyai fikiran yang waras dan berpendidikan tinggi tidak akan melakukan sesuatu perkara yang boleh dilabelkan sebagai menderhaka kepada Raja dan Negara. Apakah dengan berhimpun, bersorak-sorak, seterusnya berlaku pemberontakkan sehingga mencabar keselamatan negara boleh dikatakan seorang yang 'setia' kepada Raja dan Negaranya?.

'Keluhuran Perlembagaan' dalam erti kata yang agak ringkas membawa definisi bahawa 'seorang rakyat Malaysia harus mematuhi, menerima, menjaga dan memuliakan struktur Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara merupakan sistem perundangan tertinggi yang ada di Malaysia. Apakah dengan menganjurkan BERSIH di anggap memuliakan Perlembagaan?.

Jika diimbas balik zaman persekolahan kita, seorang guru berperanan penting untuk memastikan setiap anak didiknya mematuhi peraturan dan undang-undang yang digubal. Tiada seorang guru pun mengajar anak muridnya melakukan kerosakan, jenayah yang mengancam nyawa dan kehidupan persekitaran ; melainkan 'mereka atau individu' yang 'hilang akal dan pertimbangan'. Apabila nafsu menguasai minda, terjadilah pelbagai anasir-anasir negatif seterusnya undang-undang negara cuba dipermainkan. Bukankah itu mencabar 'kedaulatan undang-undang?'.

Bangsa Malaysia, Bangsa Melayu, juga Bangsa yang beragama islam pasti mempunyai nilai-nilai murni yang seringkali dipratikkan dalam kehidupan seharian. Nilai inilah yang membezakan Malaysia dengan negara-negara lain. Amalan ini jangan dicemari' kesopanan dan kesusilaannya', jika ia tercemar, maruah bangsa dan negara kita akan diperdagangkan!.

Justeru, apa yang boleh saya simpulkan ialah 'dunia sudah akhir zaman'.. jadi macam-macamlah perkara akan berlaku dan terjadi.. Jangan kerana politik.. kita bermusuhan... Jangan kerana BERSIH kita KOTORKANNYA. Bukankah ia sudah lama Kotor dari Bersihnya?.



Tepuk dada.. tanya akal, tanya minda, tanya fikiran..
yang mana betul dan yang mana salahnya..
wallahuallam.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Sicreci berkata…
Sedemikian interpretasi saya terhadap cabaran 'Bersih' terhadap prinsip rukun negara

'Kepercayaan Kepada Tuhan'
-Sesungguhnya diperkatakan sekiranya rakyat ditindas, kepercayaan kepada Tuhan mengizinnya bagun mempertahankan diri sendiri.
-Meskipun sami yang bertaubat juga akan bangun menentang sekiranya ditindas.
-'Bersih' yg diperkatakan ramai di kalangan yang benar, hanya menyedihkan ialah beberapa individu yang membuat masalah.

'Kesetiaan kepada Raja dan Negara'.
-Negara ini dibina dengan rakyat, rakyat adalah suara negara.
-Parti bukanlah suara rakyat
-Raja yang tidak bersuara, adakah harus kita setia?

Keluhuran Perlembagaan'
-'Bersih' mencabar perlembagaan disebabkan perlembagaan yang tidaklah semulia mana.
-Seperti yang dikatakan, ada mata untuk dilihat, tanyalah sendiri, adakah perlembagaan adil? Dengan melepaskan ramai ahli politik yang makan rasuah? Yang makan duit rakyat? Bukanlah benci rakyat politik, tetapi tidak puas hati terhadap sistem yang tidak sempurna.

Siapakah yang benar2 kotor? Kita tidak tahu akan pastinya? Jadi, janganlah cepat membuat keputusan, bukanlah masalah parti, bukanlah masalah 'Bersih', ini masalah yang harus diselesaikan oleh seluruh rakyat 'Malaysia'

Sekian.