Di Malaysia, penulis skrip sesebuah filem hanya dianggap 'penulis jalan cerita', dan pengarah filem dianggap 'penulis lakon layar atau screenplay'. Dalam pembikinan filem, 'penulis skrip' juga layak digelar 'screenplay @ lakon layar', melainkan pengarah filem itu juga menulis skrip filem-filem yang diarahkannya.
Ketika ditemui semasa Tayangan Mak Yong 'Puteri Jerijik Emas' di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman menyifatkan 'penulis skrip' antara lubuk emas dalam industri filem yang perlu dihargai kerana 'tanpa mereka', sesebuah filem tidak berjaya direalisasikannya.
Pengarah filem layak digelar 'penulis lakon layar bersama', sekiranya penulis skrip tidak diketepikan dalam soal 'lakon layar', kerana sesebuah filem bergantung pada acuan dari skrip yang diterjemahkan oleh seseorang penulis skrip. Penulis skrip perlu bekerjasama dengan pengarah filem; hal ini perlu difahami oleh seseorang penerbit filem ; kerana kebanyakkan penerbit filem (segelintir dari mereka) akan menulis di layar skrin ( lakon layar milik pengarah filem, bukannya lakon layar milik penulis skrip dan pengarah), melainkan penulis dan pengarah adalah orang yang sama.
Tambah Raja Azmi lagi, industri filem di Malaysia sudah mula menampakkan perubahan dari segi kandungan cerita memandangkan pelbagai genre filem menguasai pasaran tempatan. Oleh itu, kualiti sesebuah filem tidak perlu diketepikan oleh penerbit filem walaupun kuasa pembeli ditangan penonton. Penerbit filem tidak harus memikirkan soal keuntungan semata-mata (perlu tetapi biar berpada-pada) kerana penonton di Malaysia sudah bijak menilai filem mana mereka ingin tonton dan hargai. Tidak salah menghasilkan filem komersial, tetapi biarlah ia sebuah naskhah yang membina minda dan tidak kosong mentaliti pemikirannya.
p/s: Raja Azmi akan menerbitkan filem bertajuk 'Anak Ikan', dengan menampilkan 3 pengarah filem berbeza disamping menekankan 3 cerita yang menarik dan dalam maksudnya. Nantikan info menarik dan terkini dari kami untuk anda...
0 Ulasan