oleh: Admin
Tayangan 'Gerimis Mengundang', arahan Ahmad Idham yang ditayangkan di salah satu pawagam di Setapak, Kuala Lumpur iaitu MBO CINEMAS KL FESTIVAL CITY dibatalkan serta-merta. Tayangan yang dijadualkan bermula pukul 11.50 tengahari tadi (Jumaat 8 Jun 2012) di Hall 6, ditamatkan serta merta dengan alasan terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Tinjauan kami sebagai penonton di dalam Hall 6 MBO Cinemas itu menyaksikan hanya 15 minit pertama filem itu ditayangkan dan ditamatkan serta merta selepas 15 minit tersebut.
Filem yang ditulis oleh Azwan Annuar itu mendapat kutipan yang agak sederhana dan mengikut perkembangan terkini dari wajib tayang Finas, hanya RM150,000 sahaja berjaya dikutip. Namun, 'Gerimis Mengundang', masih lembap sambutan dan rancak ditayangkan di pawagam tempatan, walaupun mendapat respond amat menggalakkan di Indonesia, Brunei dan Singapura.
Memetik petikan dari twitter editor kami, Amy Ikram (lihat di atas), pembatalan 'Gerimis Mengundang', disifatkan satu penghinaan mereka terhadap filem-filem tempatan, walaupun dengan alasan yang diberi pihak MBO bahawa, Hall 6 terdapat masalah teknikal. Kenyataan itu boleh dimaafkan, tetapi diharapkan perkara yang sama tidak akan berulang lagi.
Bukan ingin membandingkan dengan pawagam terbesar yang sedia ada seperti TGV Cinemas atau GSC Cinemas, tetapi pihak MBO Cinemas perlu memastikan hall mereka tidak ada masalah sebelum sesebuah filem ditayangkan kepada penonton yang membeli tiket untu menonton sesebuah filem. Jika difikirkan secara logik akal, dan ia boleh terjadi 'pembatalan automatik' kerana tidak cukup penonton atau 'anda seorang sahaja yang berada dalam pawagam tersebut'. Tetapi, sekiranya terjadi pihak pawagam boleh membatalkan tayangan filem tersebut atau meneruskan sahaja (tertakhluk kepada skim wajib tayang Finas yang memperuntukkan 14 hari filem tempatan mesti diputarkan di pawagam). Jika mereka (pihak pawagam) melanggar peraturan ini, tindakan tegas boleh diambil oleh pihak Finas.
Apa yang mengeruhkan lagi keadaan ialah, keadaan teknikal yang tidak dijaga (gambar blur, kedudukan framinng filem di skrin yang tidak betul, filem ditayangkan ada suara tapi tiba-tiba gambar terpadam. What the hell men?). Apakah ini boikot terhadap filem tempatan?. Cuba contohi pawagam seperti TGV dan GSC. Mereka menjaga kualiti apa yang dipaparkan di layar skrin. Bukan sekali sahaja pernah berlaku, tapi ia dah banyak kali..
Namun, bukan menghina atau mengutuk tapi saya mengharapkan agar akan ada perubahan pada apa yang ditayangkan di pawagam ini. Jangan kerana satu kekurangan, anda kehilangan penonton di situ. Apa yang pasti, suasana dalam MBO Cinemas ini (KL Festival City) amat menarik (teruja kerana ia menggunakan pencahayaan low dark seperti pusat spa dan urut) dan saya kecewa menonton filem di sini hari ini.
amy's said: kecewa dan terus kecewa.. (MBO)..
0 Ulasan