APAKAH 'KASET' MASIH WUJUD LAGI?

Suatu ketika dahulu, Kaset dan Piring Hitam antara produk yang digemari penggemar muzik samada di Malaysia atau di luar negara. Memiliki kaset umpama memiliki barang yang amat berharga, apatah lagi sekiranya kaset yang dibeli merupakan album dari penyanyi kegemaran masing-masing. Kaset yang dijual berharga antara RM 12.90 hingga RM17.90 antara kaset tulen yang seringkali mendapat perhatian peminat muzik. Begitu juga bagi kaset cetak rompak sekitar harga RM 5.00 sahaja.

Jika diimbas kembali zaman sekolah sekitar tahun 1990-an, kaset antara produk wajib yang digemari oleh saya. Mengumpul kaset-kaset dari penyanyi seperti Siti Nurhaliza (kini Dato), Raihan, Rabbani (juga nasyid lain), New Boyz (Tomok) dan sebagainya antara kaset wajib dimiliki ketika masih bersekolah. Kaset dan Cakera Padat (CD) antara dua produk muzik yang mendapat perhatian ketika itu. Tidak silap saya, Kaset Siti Nurhaliza antara kaset pertama yang saya miliki pada tahun 1996. Mengumpul wang saku dari belanja sekolah untuk membeli kaset dan buku antara kerja hakiki yang dilakukan setiap hari. Jika mahu membeli CD ketika itu tidak mampu kerana masih bersekolah, memandangkan harga Cakera Padat (CD) adalah antara RM30.00 ke atas.


Kini, sekiranya kita meninjau atau mengunjungi mana-mana kedai muzik tempatan di seluruh negara, hanya CD di jual menggantikan kaset yang telah pupus sambutannya memandangkan CD boleh didengar melalui komputer peribadi atau DVD player. Namun, apakah masih ada kedai muzik yang menjual kaset?. Sekiranya ada, ia sangat unik dan mampu menimbulkan kenangan tersendiri bagi mereka yang pernah memilikinya, begitu juga dengan koleksi Piring Hitam yang pastinya dimiliki oleh ibu bapa kita suatu ketika dulu.

Peredaran zaman membuktikan arus globalisasi dan kemodenan dari sudut teknologi mula berkembang. Muzik yang boleh diturun muat melalui internet menjadi titik tolak bagi mereka penggemar muzik dan karyawan muzik. Tetapi sekiranya kita hanya tahu 'download' muzik-muzik kegemaran kita diinternet tanpa memilik CD dari album artis yang kita minati, mungkin suatu hari nanti produk muzik kita tidak akan berada dalam bentuk CD lagi. Percayalah.

Inilah saya ketika mendengar muzik pada zaman kini sambil ber FB.. hehhe

'Piring Hitam, Kaset dan CD' antara khazanah muzik yang pasti memberikan memori buat kita untuk generasi akan datang. Jika ditanya pada anak-anak kita sekarang, tahukah apa itu 'kaset'.. pasti ada yang tahu dan ada juga yang terpinga-pinga serta menggeleng-gelengkan kepala..

Wallahuallam..

amy's said: Saya harap kaset yang saya kumpul masih tersimpan rapi di rumah keluarga saya di Alor Setar.. kerana itulah memori saya ketika zaman sekolah. Anda pula bagaimana?
**harga CD sekarang juga sudah murah dan sama dengan harga kaset seuatu ketika dulu**

Catat Ulasan

0 Ulasan