SIAPA WAWA DI HATI ALIFF AZIZ? SAKSIKAN MALAM INI 8.30 MALAM DI TV9

Selepas mencipta kontroversi dengan pelakon Anne Ngasri, penyanyi remaja dari Singapura Aliff Aziz, di katakan bercinta dengan pelakon baru, Wawa Zainal. Percintaan mereka diibaratkan 'merpati dua sejoli', kerana malam ini pasangan itu boleh disaksikan secara ekslusif di TV9, bermula pukul 8.30 malam.

Bertemakan cinta dunia siber antara 'blog' dan 'alam komunikasi' yang disampaikan secara santai dan penuh dramatik, 'Cinta V-Log' ditangan Kas Roshan antara karya yang boleh dianggap agak 'fresh' dari sudut pembikinannya. Menampilkan Aliff Aziz dan Wawa Zainal sebagai teraju utama, 'Cinta V-Log' merupakan sebuah kisah tentang Shezz, Madiha dan Sara.


Shezz seorang blogger (Vlogger) tegar, berumur lingkungan awal 20-an, mempunyai blog yang menjurus kepada sembang lawak, muzik, nyanyian dan silap mata. Blog Shezz mempunyai ramai pengikut khususnya dikalangan remaja (lingkungan belasan tahun hinggalah remaja dewasa). Madiha, seorang gadis sopan santun (juga mempunyai blog) dan pengikutnya lebih ramai dari blog Shezz. Apabila Shezz mengetahui Madiha lebih popular dan ramai follower dalam dunia blogging, Shezz mula cemburu. Di sinilah bermulanya kisah mereka dan alam persengketaan antara satu sama lain. Namun, pertemuan antara Shezz dan Madiha, disatukan Sara yang merupakan pengikut setia kedua-dua blog tersebut. Pelbagai insiden menarik terkandung dalam telemovie yang akan menemui anda malam ini pukul 8.30 malam di TV9.

Apa yang menarik cuba diperkatakan dalam 'Cinta V-Log' adalah dari sudut penceritaan, fotografi dan grafik yang dipersembahkan. Peminat genre remaja yang 'gila-gila', pasti akan menyukai 'Cinta V-Log', sebuah kisah penuh tragik yang menggandingkan Aliff Aziz dan Wawa Zainal. Selain mereka, pasangan selebriti lain yang turut menjayakan 'Cinta V-Log' adalah Anne Ngasri, Zahiril Adzim, Mizy Razuan, Nur Janna, Darling Ngasri, Rosli Rahman Adam, Maria Elena dan Noreen.

'Cinta V-Log' yang diterbitkan produksi NS Star Sdn Bhd melalui Nasreen Hj Ngasri , yang dilayarkan ke kaca tv oleh Kas Roshan akan menemui anda hari ini pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam di TV9. Benarkah cinta antara Aliff Aziz dan Wawa Zainal satu kenyataan atau sekadar lakonan?. Semuanya bakal terjawab malam ini di TV9.

Peminat telemovie dan drama tempatan, jangan lupa menonton CINTA V-LOG malam ini kerana ia merupakan antara naskhah yang cukup berbeza dengan mana-mana karya yang pernah anda tonton sebelum ini. Tak percaya?. Tunggu 8.30 malam ini TV9.

tonton trailer

video klip

amy's said: CINTA V-LOG, 6 JUN 2012, 8.30 MALAM DI TV9.. hurmmm anak ikan mak! hehhe

Catat Ulasan

0 Ulasan