KEJUJURAN DALAM MENULIS. HAK ANDA ATAU ORANG LAIN?

Menjadi penulis bukanlah semudah yang disangka. Penulis berilmiah cukup berbeza dengan penulis alam maya, blogger, novel, penulis hiburan (wartawan hiburan) dan sebagainya. Setiap dari mereka yang bergelar 'penulis', harus banyak membaca, bergaul dan sensitif terhadap persekitaran yang membuatkan 'kreativiti' mereka tercabar. Namun dalam dunia penulisan, setiap bahan tulisan anda akan diiktiraf sebagai karya seni. Tetapi, apakah menulis 'blog' boleh dilabelkan sebagai karya seni juga?.

Menulis 'blog', bagi saya adalah catatan peribadi. Dunia penulisan blog kini antara cabang yang cukup popular dikalangan masyarakat kita tidak mengira batas usia, agama, budaya dan cara hidup. 'Blog', antara sumber pendapatan terkini atau sampingan bagi kebanyakkan rakyat Malaysia ketika ini. Tetapi, harus diingat menulis perlulah 'jujur' dan tidak dipaksa oleh orang lain. Jika menulis kerana terpaksa, umpama najis yang berselerakkan, tanpa penghuni dan hanya menurut perintah bila disuruh serta tiada prinsip sebagai manusia yang hidup di atas muka bumi.

'Kuasa, dan politik', antara dua benda yang menjadikan seseorang penulis itu tidak ekslusif dan tidak berpendirian. Mereka (penulis) dalam kategori ini selalunya menjadi sasaran golongan yang berkepentingan tertentu (dalam dunia politik) demi mengangkat sesuatu perkara yang boleh dianggap tidak wajar atau membuang masa. 'Bayangkan seorang pengetua di sebuah kolej memiliki akaun facebook atau twitter. Beliau menjadi sasaran golongan tertentu yang mahu menjatuhkan reputasinya sebagai pengetua kolej. Demi mengangkat maruahnya, beliau meminta anak-anak muridnya memberikan komen berguna dalam akaun Facebook atau twitternya.'. Bukankah itu namanya suatu 'paksaan' yang tidak jujur dalam melakukan kerjaya atau hidup. Penulis dikalangan 'pelajar' ini barangkali tersenyum bangga sekiranya diupah sesuatu yang berharga sekadar mahu 'menjaga hati', tetapi kecundang dalam hak dan tanggungjawabnya.

Berbicara mengenai hak dan tanggung jawab. Ini satu perkara yang perlu difikirkan oleh kita. Jika kita 'menulis' kerana itu 'kerjaya' kita.. cukup baik, tetapi jika menulis kerana 'dipaksa', kerana anda mempunyai bakat, percayalah apa yang anda lakukan itu tidak direstui Allah s.w.t, sekaligus meletakkan diri anda sebagai manusia yang tidak berpendirian dan hanya hidup di awang-awangan. Justeru, sebagai mereka yang suka menulis, tak kira menulis blog, diari, buku, akhbar, skrip dan sebagainya, pesan saya 'anda perlu jujur kerana diri anda bukan diri orang lain'. Jika tidak, rugilah anda sebagai manusia yang berpendidikan tinggi tetapi tidak ada otak untuk berfikir yang mana 'perlu' dan yang mana 'tidak'..

Wallahuallam.

amy's said: sekadar coretan di hari sabtu..

Catat Ulasan

0 Ulasan