Siapa yang tidak kenal dengan Namewee.. si mamat berbangsa cina yang mencetuskan pelbagai kontroversi melalui medium lagu khususnya yang berbentuk patriotik sehingga dikecam pelbagai pihak. Itu cerita lama. Selepas mencuit hati segelintir peminat filem tempatan melalui karya sulungnya sekitar penghujung 2011, Nasi Lemak 2.0 ; kini Namewee tidak serik menghasilkan genre yang sama menerusi 'Hantu Gangster'. Filem yang membariskan Farid Kamil, Diana Danielle, Namewee, Amber Chia, Dato' Jalaluddin Hassan, Datuk David Arumugam dan ramai lagi merupakan filem pembukaan bagi bulan Ogos 2011.
'Hantu Gangster', sebuah cerita komedi. Ia cukup simple dan tidak memeningkan kepala. Berlatarbelakangkan 3 bangsa di Malaysia - Melayu, Cina dan India ; diadunkan menjadi satu cerita dan membawa maksud tersirat disebalik setiap adegan dan babak yang ditampilkan. Namewee dilihat cuba memperkatakan sesuatu khususnya dalam dunia politik apabila sesetengah babak dilihat menggunakan beberapa dialog 'mengecam' sesuatu tetapi agak kabur (sengaja) supaya filem ini tidak dilihat terlalu mengutuk atau mempersendakan sesuatu - cukuplah sekadar elemen komedi menghiasi perjalanan cerita naskhah filem ini.
Memaparkan pergaduhan antara kumpulan gangster setelah kematian 3 ketua taiko yang masing-masing terdiri dikalangan bangsa melayu, cina dan india, 'Hantu Gangster', mempertaruhkan elemen gengsterisme ( disampaikan secara komedi) melalui watak lakonan Farid Kamil dan Taiyuddin Bakar. Pelbagai persengketaan berlaku sehingga mewujudkan pelbagai konflik melatari naskhah kedua arahan Namewee ini. Namun, apa yang pasti, Hantu Gangster memperlihatkan jalur ikatan sebuah keluarga antara bangsa melayu, india dan cina. Pemilihan para pelakon dalam menghayati watak yang digalas, memberikan satu persembahan dan momentum terbaik dalam naskhah dan jalur penceritaannya.
Ia sebuah cerita yang kemas tanpa elemen yang berat, Hantu Gangster antara filem komedi terbaik Namewee selepas Nasi Lemak 2.0. Peminat filem tempatan samada di Malaysia, Singapura dan Indonesia wajar menonton filem ini kerana ia sebuah naskhah dari seorang anak Malaysia yang berjiwa besar.
trailer HANTU GANGSTER
p/s: hanya dipawagam bukan dirumah anda..
0 Ulasan