LANUN GANGSTER DI KUALA LUMPUR - KL GANGSTER 2


Persatuan Lanun Lanun Wilayah Persekutuan kini kembali bermaharalela.. Mereka mencari rezeki dengan mencuri hak orang lain demi sesuap nasi. Perjuangan mereka sebenarnya telah lama wujud dimuka bumi, dan sampai bila-bila pun ia takkan mati sehinggalah kiamat benar-benar berlaku. Mereka tidak akan berundur walaupun pelbagai tindakan dilakukan oleh pihak berkuasa, cuma kita sebagai manusia perlu mencari iniasitif dan jalan terbaik agar warga Lanun kembali bertaubat dan memohon keampunan kepada jutaan manusia yang telah ditindas mereka. Jika diajukan kepada pencinta Lanun dan Penggemar mereka, peminat ini akan terus melanggan lanun ini walaupun zaman telah berubah. Duduk dan bercumbu dengan lanun ini di hadapan komputer menyaksikan jutaan karya anak-anak tempatan walaupun belum beredar di panggung wayang adalah perkara biasa. Filem Hollywood pun begitu. Belum torjah wayang.. kita boleh tengok sambil makan garam belacan dan dapatkan perisian mereka dengan hanya satu klik. Dua hari lepas, dunia filem tempatan (Malaysia) dikejutkan dengan Karya Shamsul Yusof, KL Gangster 2 boleh dimuat turun oleh sesiapa sahaja walaupun filem ini akan beredar di pawagam tempatan seluruh Malaysia bermula 3 Oktober 2013. Di manakah silapnya?. Siapakah 'dalang' dalam perkara ini?. Tidak rasa bersalahkah 'mempertontonkan' hak orang lain tanpa keizinan mereka terlebih dahulu?. Cuba bayangkan sekiranya 'anak gadis anda' ditelanjangkan dan ditatap oleh seluruh pencinta Alam Maya sebelum majlis pernikahannya?. Ini akan disukai oleh penggemar dan peliwat Lanun, namun bagi mereka yang masih mempunyai 'harga diri' hanya akan menghormati maruah dan hak orang lain. 


Hari ini, ketika nota ini ditulis oleh saya, mungkin Ketua Lanun itu bertepuk tangan menyaksikan perisian download filem itu telah dimuat turun oleh ratusan atau ribuan warga alam maya yang mempunyai satu hobi 'menonton filem secara maya' tanpa mengeluarkan satu senpun.. mereka cuma mengeluarkan duit untuk bayar bil elektrik sahaja. Pada keluarga Skop Production, saya berdoa agar 'dalang' kepada perancangan jahat ini akan berjaya ditemui. Bagi saya, menonton di pawagam lebih puas, walaupun kita ada Astro First, Torrent dan sebagainya. 'Tonton di Pawagam, Bukan Di Rumah Anda'.. 

Salam Sinema Malaysia, Salam Kemerdekaan Yang ke-56.
Walaupun sudah hampir 56 tahun kita merdeka, tapi jiwa dan minda kita belum merdeka dengan masalah Cetak Rompak. Tepuk Dada Tanya Selera.

Trailer KL Gangster 2

Catat Ulasan

0 Ulasan