MALAM AKU, DIA DAN LAGU - SAJIKAN KOLEKSI HEBAT YUSNOR EF ESPLANADE SINGAPURA.


Nama Yusnor EF tidak perlu lagi diperkenalkan dalam industri muzik tempatan. Karyanya melangkaui zaman sehinggakan banyak lirik lagu yang dihasilkannya menjadi siulan masyarakat samada di Malaysia malahan di Singapura. Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, antara individu yang bertanggung jawab mencungkil bakat Yusnor Ef sehingga dikenali sampai ke hari ini. Beliau antara penulis lirik hebat yang tidak pernah melupakan 'nilai seni, budaya dan adat resam' bumi melayu menerusi bait-bait lirik yang diciptanya.

Sanisah Huri, Rahimah Rahim, Maria Bacok, A.Ramlie, Anita Sarawak dan ramai lagi, antara penghibur yang cukup terkenal pada era 60 hingga 70an. Lagu-Lagu musim perayaan seperti AidilFitri nyanyian Sanisah Huri antara lagu hit malar segar yang seringkali menjadi lagu rasmi pada setiap kali hari raya, antara contoh lagu yang dicipta lirik oleh Yusnor EF. Sebagai menghargai jasa dan keringat Yusnor EF dalam industri muzik Asia, Esplanade Singapore dengan bangganya membawakan Pentas Malam, Aku Dia Dan Lagu. Memilih tanggal 1 Januari 2014 sebagai Malam Pembukaan Tahun Baru 2014, Konsert yang julung-julung kali ini di adakan akan menampilkan Bintang Hebat yang pernah mencipta satu fenomena suatu ketika dahulu antaranya, Sanisah Huri, Maria Bachok, J.Mizan, A.Razak, Zam Zam, dan Rahimah Rahim. 


Malam Aku, Dia Dan Lagu ini juga akan membariskan beberapa penyanyi muda yang hebat antaranya Imran Ajmain, Sezairi, Maya Rahman, dan Zaibaktian. Juga tidak ketinggalan bintang dari Malaysia, A.Rozainie. Namun begitu, persembahan pada malam itu akan diiringi Orkestra Majlis Bandaraya Johor Bharu dan Orkestra Melayu Singapura di samping Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) bertindak sebagai konduktor muzik. 

Peminat muzik, lagu dan irama nusantara serta pencinta budaya melayu, jangan lepaskan peluang anda untuk datang menyaksikan MALAM AKU, DIA DAN LAGU pada 1 Januari 2014 pukul 8.00 malam. Sebarang makluman berkaitan konsert ini, sila klik di sini. 

Catat Ulasan

0 Ulasan