oleh: Amy Ikram
Dalam usianya yang ke-80 tahun kegemilangan filem tempatan, penganjuran Anugerah Dokumentari Malaysia kali ke-4, bagi tahun 2013 boleh dianggap satu platform FINAS dalam industri dokumentari Malaysia. Dianjurkan buat kali yang keempat dalam tempoh dua tahun, Anugerah Dokumentari Malaysia merupakan satu festival yang mengangkat serta memartabatkan para penggiat dokumentari tempatan agar mampu berdaya saing selaras dengan Dasar Perfileman Negara yang telah digubal dengan mengambil kira aspek yang merangkumi produksi, peralatan, insfrastuktur, kewangan dan pembangunan sumber manusia.
Dunia dokumentari tidak wajar dipandang sepi. Pembikinannya sangat mencabar dan relevan sepertimana penerbitan filem cereka dan kenegaraan. Industri dokumentari boleh dianggap satu sinema ‘kecil’ tetapi impaknya besar, di mana penghasilannya adalah berdasarkan fakta, sejarah mahupun kehidupan yang dirakamkan dengan tujuan untuk sesuatu peristiwa yang pastinya akan menjadi rujukan generasi akan datang.
FINAS melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyokong penuh usaha murni para penggiat filem dokumentari tempatan yang mempunyai idea untuk diterjemahkan ke layar skrin untuk dijadikan rakaman sebagai sebuah dokumentari. Ini adalah platform terbaik di mana industri dokumentari adalah cabang ‘kreatif’ kepada industri kandungan kreatif yang baik bagi pembangunan sesebuah negara.
Sebagai menghargai keringat para pembikin sinema dokumentari tempatan, FINAS mengambil iniasitif untuk menganjurkan Anugerah Dokumentari Malaysia buat kali ke-empat. Memilih lokasi D'Bakul Indonesian Cuisene dan Studio Sound Stage Finas sebagai lokasi utama penganjurannya, Anugerah Dokumentari Malaysia akan dihoskan oleh pelakon, pengacara, dan pembikin dokumentari, Yusmal Ghazali.
Untuk merancakkan lagi festival ini, Malam Pengumuman Pencalonan Akhir telah di adakan pada Selasa, 17 Disember 2013 bertempat di D'Bakul Indonesian Cuisene. Ini sebagai persediaan buat 'mereka' dalam menentukan siapakah yang 'terbaik' untuk dinobatkan di Malam Gemilang Emas, Anugerah Dokumentari Malaysia ke 4, 2013 pada 22 Disember 2013.
Untuk mengetahui senarai penuh PENCALONAN TOP 5 ANUGERAH DOKUMENTARI MALAYSIA KE 4, 2013. Jom kita saksikan siapakah yang bertuah.
SKRIP TERBAIK
HARUN RAHMAN & CHRISTOPHER HALE
RISING SUN OVER MALAYA
CHRISTOPHER HALE
THE ROYAL PRESS
SHANON OH CHIH SIANG
1941 : FALL OF PENANG
IKHWAN RIVAI
RETURN TO KINABALU
JUSTIN ONG
IDA'S CHOICE
****
PENYUNTINGAN TERBAIK
HARUN RAHMAN
RISING SUN OVER MALAYA
ARIFFA KAMARUL
THE ROYAL PRESS
SELVAN RAMSAMY
1941 : FALL OF PENANG
AHMAD YAZID
MASS SELAMAT: THE FUGITIVE TERRORIST
MUHAMMAD AZLAN MOHAMED NOR
DUNIA TERSEMBUNYI 1 : RAMBU SOLOK
****
ADUNAN PENATAAN AUDIO TERBAIK
NOVISTA SDN BHD
RISING SUN OVER MALAYA
DIGITAL ORANGE
THE ROYAL PRESS
REUBEN CH'NG YONG HUANG
1941 : FALL OF PENANG
ROGER WANG
RETURN TO KINABALU
DOS FELLAS SDN BHD
IDA'S CHOICE
****
SINEMATOGRAFI TERBAIK
WONG CHIN HOR
RISING SUN OVER MALAYA
BADRUL HISHAM
RETURN TO KINABALU
WONG CHIN HOR
THE ROYAL PRESS
ANDREW CHANT
ROHINGYA - HILANG BUMI BERPIJAK
MOHD SHARIL ABD. RANI
BERBAKTI SELEPAS MATI
ABD. RAHMAN SALLEH
DUNIA TERSEMBUNYI 1 : RAMBU SOLOK
****
DOKUMENTARI PENDEK TERBAIK
RUMAH / TOK
AZHARR RUDIN
WARISAN TERLUKA
SAW CHIN KEAT
KUDRAT BERODA 3
PRIMEWORKS STUDIOS SDN BHD
KODIM
MAHEN BALA
****
DOKUMENTARI SEJARAH TERBAIK
MASS SELAMAT : THE FUGITIVE TERRORIST
RACK FOCUS FILM SDN BHD
LOST OVER FRANCE: MALAYSIA'S UNSUNG HERO
3 LINE MEDIA SDN BHD
MASJID KAPITAN KELING
ASA'AD ENTERTAINMENT NETWORK SDN BHD
1941 : FALL OF PENANG
ANNASIS MIRROR SDN BHD
RISING SUN OVER MALAYA
NOVISTA SDN BHD
****
DOKUMENTARI KESENIAN & KEBUDAYAAN TERBAIK
LAMA TERBARU
PRIMEWORKS STUDIOS SDN BHD
THE ROYAL PRESS
DB PICTURES SDN BHD
SPIRIT OF WOODS
LINECLEAR MOTION PICTURES SDN BHD
DUNIA TERSEMBUNYI 1 : RAMBU SOLOK
PRIMEWORKS STUDIOS SDN BHD
THE IMMORTAL SHADOW
IMAGE FARM PRODUCTIONS SDN BHD
****
DOKUMENTARI ALAM SEMULAJADI TERBAIK
BLACK GOLD
JET TV MALAYSIA
KONSERVASI GAJAH BORNEO
SENDO GAYONG SDN BHD
MAJALAH 3 : SINAR DI SEPILOK
PRIMEWORKS STUDIOS SDN BHD
RETURN TO KINABALU
WILDMAN PICTURES
WILDLIFE DENFENDERS
MATAVIA REKA SDN BHD
****
DOKUMENTARI ISU SEMASA & KEMASYARAKATAN TERBAIK
ACEH HIKMAH TSUNAMI
MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD (ASTRO)
TANPA KAKI, TANPA TANGAN, TANPA BATAS
PRIMEWORKS STUDIOS SDN BHD
IDA'S CHOICE
DOS FELLAS SDN BHD
THE LAST TRAIN
CINEQUIP PERODUCTIONS SDN BHD
ROHINGYA - HILANG BUMI BERPIJAK
MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD (ASTRO)
****
PENGARAH TERBAIK
HARUN RAHMAN
RISING SUN OVER MALAYA
PAM HENG
THE ROYAL PRESS
SHANON OH CHIH SIANG
1941 : FALL OF PENANG
IKHWAN RIVAI
RETURN TO KINABALU
JUSTIN ONG
IDA'S CHOICE
****
DOKUMENTARI TERBAIK
RISING SUN OVER MALAYA
NOVISTA SDN BHD
THE ROYAL PRESS
DB PICTURES SDN BHD
1941 : FALL OF PENANG
ANNASIS MIRROR SDN BHD
RETURN TO KINABALU
WILDMAN PICTURES
IDA'S CHOICE
DOS FELLAS SDN BHD
***
Untuk mengetahui siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang pada Malam Anugerah Dokumentari Malaysia ke-4, 2013. Jangan lupa temujanji anda pada 22 Disember 2013, 8.30 malam di Studio Sound Stage, FINAS.
sebarang makluman berkaitan Anugerah Dokumentari Malaysia ini, sila klik di sini.
sebarang makluman berkaitan Anugerah Dokumentari Malaysia ini, sila klik di sini.
1 Ulasan