Sekadar menyebut
beberapa nama ; Layar Lara, Kala Malam
Bulan Mengambang, Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, ... Dalam
Botol, Bunohan, Balada Pencinta dan terbaru, Papadom 2 merupakan karya ‘filem’
yang boleh diletakkan sebagai ‘Filem Dalam Filem’. Mempertaruhkan genre ‘komedi kekeluargaan’
yang diselitkan dengan elemen ‘kritikan dalam visual’. Papadom 2, antara karya
Afdlin Shauki yang boleh dikatakan agak matang dari sudut pembikinannya.
Menceritakan
tentang pengorbanan seorang bapa terhadap anaknya, Maisara (Liyana Jasmay),
Saadom (Afdlin Shauki), mengambil iniasitif sendiri untuk membongkarkan
siapakah ‘teman lelaki’ anaknya itu. Maisara yang bekerja dalam industri filem
tempatan (tamparan hebat buat warga industri filem – satu jentik yang dibikin
secara komedi tapi ada makna ) merupakan seorang wanita yang menjadi kegilaan
ramai lelaki termasuk pelakon popular, Fazz Fiuruz (Riezman Khuzaimi), produser
filem (lupa nama – memegang watak produser bergelar Datuk), dan jurukamera ,
Qib (Hans Isaac) . Paparan sebegini satu ‘realiti’ yang ‘hidup’ melingkari
dunia filem tempatan. Kesemua watak ini cuba ‘memikat’ Maisara tapi tiada seorang pun
yang berjaya dihati Maisara. Namun ada sorang saja yang bertuah. Siapakah
gerangannya?. Ada kena tonton filem ini, di pawagam.
Menariknya
Papadom 2 terletak pada barisan karektor yang menaungi filem ke-13 Afdlin
Shauki ini, Jay Rahman lakonan Khir Rahman seolah-olah gambaran kisah beberapa
pengarah filem di Malaysia yang ‘gian’ menghasilkan filem ‘yang dilabelkan
sebagai filem ‘art’, tapi tidak ‘laku’ di pasaran. Ini satu ‘sindiran tajam’
buat golongan tersebut, malahan juga boleh diandaikan sebagai ‘luahan hati anak
seni’, bernama Afdlin Shauki yang diwakili oleh watak Jay Rahman. Jay Rahman,
seorang pengarah filem ‘berjiwa sentimental’ yang banyak menghasilkan filem
tetapi ‘tidak laku’, namun kehadiran Maisara, seorang penolong pengarah ;
seringkali dicemburui Shasha ( Scha Al yahya) – membuktikan bahawa ‘wanita
menguasai segala kemungkinan’. Dalam persoalan ini, Afdlin Shauki cuba bercerita kepada penonton bahawa ‘hidup ini
memerlukan kasih sayang, perhatian dan orang kedua’. Tanpa mereka, mana mungkin
manusia seperti Jay Rahman boleh ditemani dan difahami, memandangkan karektor
Jay Rahman seorang sutradara yang ‘sukar difahami’.
Dari
segi kandungan cerita dan plot naratifnya, Papadom 2 sebuah cerita yang agak
simple. Ia banyak bermain dengan ‘Isu Dalam Cerita’, atau ‘Naskhah yang
bercakap sesuatu’. Walaupun dibikin secara komedi, namun kematangan Afdlin
dapat diperhalusi menerusi imej, visual dan dialog yang melatari perjalanan
cerita yang kini ditayangkan di seluruh pawagam tanah air, mungkin akan masuk
Astro First dan pastinya akan di ‘lancap’ oleh ketua lanun yang dahagakan karya
terbaru setiap minggu dari pembikin filem tempatan. Bagi anda yang
tercari-cari cerita komedi yang agak ‘simple dan menarik’. Saya rasa PapaDom 2
mungkin jawapannya.
*Ulasan ini mungkin
bukan ulasan tentang jalan cerita filem ini, tapi saya menulis review tentang ‘apa
yang saya rasa dalam sesebuah filem’ setelah menontonnya di pawagam. Yang belum menonton, sila ke pawagam ..
karya terbaik Afdlin Shauki yang agak matang*
0 Ulasan